
Proton e.MAS 7 mengekalkan takhtanya sebagai kereta elektrik (EV) terlaris di Malaysia pada Ogos.
Menerusi kenyataan media, pihak Pro-Net telah menghantar 5,811 unit kenderaan bermula 1 Januari hingga 31 Ogos, merangkumi 5,455 unit jualan tempatan dan 356 unit eksport ke empat pasaran antarabangsa.
Pencapaian tersebut menjadikan Proton e.MAS 7 sebagai EV paling laris di Malaysia selama lapan bulan berturut-turut, mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran sejak awal tahun.
Berdasarkan data pendaftaran terkini JPJ, model itu terus menguasai pasaran sehingga separuh kedua tahun 2025, dengan 5,455 unit didaftarkan pada bulan Ogos dan jumlah keseluruhan setakat ini mencecah 5,811 unit.
Dengan pegangan pasaran sebanyak 24 peratus, hampir satu daripada setiap empat EV yang terjual di Malaysia ialah Proton e.MAS 7.
Sejak diperkenalkan, Proton e.MAS 7 Â dipasarkan sebagai model CBU dari China bagi memenuhi permintaan awal.
Kini, model berkenaan telahpun dipasang secara tempatan (CKD) di kemudahan Tanjong Malim, sekali gus mencatat sejarah sebagai EV pertama Proton yang dipasang di Malaysia.
ARTIKEL LAIN