Lelaki ini lebih selesa menginap dalam kereta elektrik selama empat tahun

6

Laman berita South China Morning Post melaporkan seorang pengatur cara komputer lebih selesa memilih untuk menginap di dalam kereta elektrik miliknya selama empat tahun di Shenzen, China.

Zhang Yunlai, 41, memilih cara hidup sedemikian bukan kerana mahu menjimatkan wang tetapi semata-mata kerana dia suka akan kehidupan seperti itu.

Yunlai yang berasal dari Yangjiang di wilayah Guangdong, berpindah ke Shenzhen untuk bekerja enam tahun lalu.

Pada mulanya, dia menjalani kehidupan rutin iaitu berulang-alik antara pangsapuri dan pejabatnya dengan membayar sewa kira-kira 2,500 yuan (RM1,500) sebulan.

Namun, pengalaman berkhemah di taman memberi inspirasi kepadanya untuk mengamalkan cara hidup baharu.

Kereta elektrik membolehkan anda menggunakan pendingin hawa dan memuatkan tilam di dalam. Justeru, tidur di situ sebenarnya berasa cukup selesa,” kata Zhang.

Semasa hari bekerja, Yunlai makan di kafeteria syarikat, mandi di gimnasium dan memandu ke stesen pengecasan kereta.

Perbelanjaan harian (termasuk makan dan kos lain) hanya sekitar 100 yuan (RM66) sehari, diikuti kos letak kereta sekitar 6 yuan (RM4) semalam di taman dan 20 yuan (RM13) sehari di tempat kerja.

Dalam tempoh tiga tahun, Zhang berjaya menjimatkan wang sehingga 100,000 yuan (RM66,000).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here