Isuzu D-Max Huntsman 2025 untuk kerja hutan dan aktiviti luar!

27

Isuzu D-Max Huntsman diperkenalkan buat kali pertama kali di United Kingdom (UK) pada tahun 2012 bersama generasi pertama D-Max.

Pikap ini kembali untuk tahun 2025 dan diperkenalkan secara rasmi di Commercial Vehicle Show (CV Show) 2025, di Birmingham, UK.

Huntsman dibangunkan dari varian D-Max V-Cross dan dilengkapi pelbagai kelengkapan istimewa sesuai dengan tugasnya.

Hunstman membawa gabungan keupayaan rugged dan keselesaan praktikal dan menariknya direka khusus untuk kegunaan profesional penyelenggaraan hutan, penjaga hidupan liar dan aktiviti luar bandar.

Versi terbaru ini dilengkapi Huntsman Accessory Pack sesuai dengan objektif penawarannya.

Di belakang jelas kelihatan Aeroklas Commercial Canopy selain pelapik ruang kargo bawah rel (bed liner) untuk muatan yang selamat dan berfungsi.

Sistem laci khas Gearmate dipasang di dalam ruang kargo untuk menyimpan senapang memburu dan peralatan penting dengan selamat dan tersusun.

Cangkuk tunda dari Brink dengan sistem elektrik 13-pin memanfaatkan sepenuhnya keupayaan menunda D-Max sehingga 3.5 tan dan untuk muatan tambahan menggunakan treler.

Alas kaki dari 3D Mat dibekalkan untuk memudahkan pembersihan selepas kerja lapangan dan aktiviti luar.

Supaya sebati dengan persekitaran hutan dan kekal menarik, pelanggan boleh memesan kemasan hitam kusam untuk lencana gril, pemegang pintu dan rel bumbung.

Corak bunga tayar yang lasak dari jenama General Grabber All-Terrain dan pemijak sisi membantu penumpang selain menaikkan gaya keseluruhan.

D-Max Hunstman yang dibawa ke CV Show tampil dalam warna istimewa Techno Grey Metallic yang eksklusif sempena acara ini.

Pada bahagian dalam, D-Max Hunstman dilengkapi skrin sentuh bersaiz sembilan inci dan sistem audio lapan pembesar suara. Penyaman udara dua zon memastikan keselesaan sepanjang musim.

Membuktikan keupayaannya, D-Max Hunstsman dilengkapi kunci pembeza belakang (rear differential lock) dan Mod Permukaan Lasak (Rough Terrain Mode) untuk mengharungi laluan mencabar.

Dari segi keselamatan, pikap ini mempunyai lapan beg udara termasuk bahagian tengah.

Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) merangkumi Kawalan Jelajah Pintar, Bantuan Pengekalan Lorong dan Pembrekan Lintasan Lalu Lintas Belakang.

Menggerakkan D-Max Hunstman ialah enjin 1.9 liter diesel turbo dengan kuasa 164 ps dan 360Nm. 

Huntsman Accessory Pack kini boleh ditempah pelanggan di UK dalam dua konfigurasi:

  • Dengan Aeroklas Commercial Canopy (tanpa tingkap sisi) – berharga £7,871.46 (RM45,360) (termasuk pemasangan, tidak termasuk VAT)
  • Dengan Aeroklas Leisure Canopy (dengan tingkap sisi) – berharga £7,956.46 (RM45,849)(termasuk pemasangan, tidak termasuk VAT)

Kelengkap Huntsman Accessory Pack:

  • Lapik ruang muatan bawah rel
  • Aeroklas Canopy (pilihan versi Komersial atau Rekreasi)
  • Sistem laci Gearmate
  • Cangkuk tunda Brink
  • Sistem elektrik 13-pin
  • Papan sisi hitam khas
  • Bantuan buka pintu kargo
  • Set 3D Mat
  • Set Rim Aloi Hitam 18”
  • Set Tayar General Grabber All-Terrain

Spesifikasi D-Max V-Cross UK:

  • Jenis Enjin: RZ4E, 1,898 cc Diesel Turbo
  • Kuasa: 164 ps @ 3,600 rpm, 360Nm @ 2,000–2,500 rpm
  • Kelajuan Maksimum: 180 km/j
  • Pecutan 0 – 100 km/j: Manual – 12.7 saat, Automatik – 13 saat
  • Kapasiti Tangki Bahan Api: 76 liter
  • Dimensi: 5,280 (p) x 1,870 (l) mm x 1,790 mm (t)
  • Jarak Roda: 3,125 mm
  • Jarak Kelegaan Tanah (Gandar Belakang): 230 mm
  • Sudut Pelepasan Depan (Approach Angle): 30.5°
  • Sudut Pelepasan Belakang (Departure Angle): 24.2°
  • Sudut Tengah (Ramp Angle): 22°
  • Jejak Roda Depan & Belakang: 1,570 mm
  • Ruang Kargo: 1,520 mm x 1,530 mm x 500 mm (dalam)
  • Berat Kosong: Manual – 1,995 kg, Automatik – 2,015 kg
  • Berat Kenderaan Kasar (GVW): 3,100 kg
  • Muatan Maksimum (Payload): Manual – 1,105 kg, Automatik – 1,085 kg
  • Berat Menunda Treler (Dengan Brek): 3,500 kg, (Tanpa Brek): 750 kg
  • Saiz Rim dan Tayar: 18 x 7.5J, 265/60R18

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here