Pokok tumbang, tiga kereta & dua motosikal rosak

10

Tiga kereta dan dua motosikal rosak selepas dihempap sebatang pokok yang tumbang di Lintang Macallum 2, George Town susulan angin kuat serta hujan lebat awal pagi Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.40 pagi.

Menurutnya, susulan itu, sebuah jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai bergegas ke lokasi.

“Ketika tiba di lokasi pada jam 2.45 pagi, pasukan mendapati sebatang pokok milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah tumbang lalu menghempap tiga buah kereta serta dua motosikal.

“Kereta yang terlibat termasuk sebuah Toyota Vios manakala dua lagi masih belum dikenal pasti.

“Bagi motosikal pula, ia melibatkan Yamaha LC dan Honda Vario. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya lagi, kerja-kerja pemotongan serta pembersihan masih dijalankan oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menggunakan peralatan gergaji berantai.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here