Tular imej unit pengeluaran terakhir Proton Saga MC2

5

Seorang pemilik akaun Facebook Proton 4s JB- Des Yit berkongsi sebuah gambar yang dipercayai unit pengeluaran terakhir Proton Saga MC2.

Hantaran berkenaan dimuatnaik dengan kapsyen “Last unit body saga mc2”.

Foto berkenaan menunjukkan sekumpulan pekerja kemudahan Proton Shah Alam bersama  unit badan Saga MC2.

Sementara itu, rakan media Funtasticko mendedahkan pengguna Facebook Danial Hakimie berkongsi Jumaat lalu merupakan minggu terakhir pengeluaran model di Proton Shah Alam sebelum ditutup sepenuhnya selepas 40 tahun beroperasi. 

“Nombor unit pengeluaran terakhir Saga MC2 adalah B454321. Selepas ini, operasi pengeluaran Proton akan berpusat di Tanjong Malim yang bakal menghasilkan model Saga AMA01 (MC3),” jelasnya. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here