Cruiser Souo S2000CT ambil inspirasi daripada Honda Rune 20 tahun lepas

7

Masih ingatkah anda dengan model pesaing Gold Wing, iaitu Souo S2000 yang dihasilkan oleh Great Wall Motor?

Kini, pengeluar tersebut tampil dengan model kedua, iaitu S2000CT yang terang-terang mahu menghidupkan semula zaman kegemilangan Honda Rune dari 20 tahun yang lepas.

Berdasarkan laporan, terdapat empat varian yang bakal ditawarkan, dikenali dengan kod dalaman seperti berikut

  • LH2000-3: cruiser pelana tunggal
  • LH2000-4: cruiser dengan kehadiran pelana untuk pembonceng
  • LH2000-5: bagger dengan kehadiran beg keras dan windshield
  • LH2000-6: bagger dengan beg keras tanpa kehadiran windshield

Keempat-empat model itu berkongsi dimensi jarak antara roda sepanjang 1,811 mm dengan model S2000, namun dengan perbezaan dimensi panjang bergantung kepada varian.

Selain itu, enjin flat-eight 1,999 cc yang sama digunakan pada S2000 turut menjadi asas kepada model cruiser itu tadi, dengan kuasa 151 hp dan 190 Nm.

Enjin itu tadi dipadankan dengan kotak gear klac berkembar lapan kelajuan.

Buat masa ini, harga jualan Souo S2000CT masih belum diumumkan.

Namun sebagai perbandingan, Souo S2000 macam Gold Wing itu dijual pada harga bermula dari CNY 218,800 (RM129 ribu).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here