Selepas tiga tahun, Nissan ‘tamatkan’ jualan Ariya EV di USA untuk beri laluan kepada Leaf

7

Program penstrukturan semula besar-besaran yang dijalankan oleh Nissan bukan sahaja melibatkan pembuangan pekerja dan penutupan kilang, ia turut membabitkan model kenderaan yang perlu dijual untuk kelangsungan hidup.

Dalam satu memo yang diperoleh Automotive News, Nissan akan menghentikan sementara produksi Ariya EV di Amerika Syarikat bermula 2026.

Menurut Nissan, langkah ini bertujuan untuk membolehkan syarikat tersebut memperuntukkan semula sumber dan mengoptimasikan portfolio EV sedia ada dengan memberikan laluan kepada Leaf 2026 yang lebih murah harganya.

Nissan Ariya EV dilancarkan secara rasmi di USA pada tahun 2023.

Tahun 2024 disifatkan sebagai tahun terbaik bagi jualan Ariya, di mana sebanyak kurang 20,000 unit telah terjual – jauh lebih rendah berbanding Ford Mustang Mach-E dan Hyundai Ioniq 5.

Nissan tidaklah mahu mengabaikan terus segmen EV.

Dengan pelancaran Leaf 2026 yang memiliki tanda harga bawah $30,000 (RM126,450) sekaligus menjadikan Leaf sebagai model EV yang paling murah di negara tersebut.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here