Utama Berita Automotif #TahukahAnda: Tesla bakal pintas kedudukan Nissan sebagai jenama EV No. 1 di...

#TahukahAnda: Tesla bakal pintas kedudukan Nissan sebagai jenama EV No. 1 di Jepun

10

Tahun 2025 mungkin bukan satu tempoh yang cukup baik untuk pengeluar EV Tesla.

Ini kerana Tesla berdepan dengan penurunan angka jualan yang signifikan di beberapa pasaran utama seperti di Eropah, Amerika Syarikat dan Australia.

Namun, prestasi jualan Tesla berubah di negara Jepun, dan berdasarkan kepada corak jualan semasa, pengeluar itu mungkin akan memintas Nissan sebagai jenama EV paling laris terjual.

Untuk tempoh Januari hingga Ogos, Tesla berjaya menjual sebanyak 6,590 unit kenderaan elektrik, atau peningkatan sebanyak 87 peratus berbanding tahun terdahulu.

Setakat ini, Tesla mengekori belakang Nissan dengan perbezaan sebanyak 100 unit.

Menurut Nikkei Asia, Nissan memegang takhta sebagai jenama EV paling laris di Jepun untuk tempoh hampir 15 tahun, terima kasih kepada model Leaf.

Namun dengan promosi penurunan harga agresif yang dilaksanakan oleh Tesla menyebabkan jenama itu kini mampu menggugat kedudukan Nissan di Jepun, dengan penguasaan pasaran sekitar 30 peratus.

Tesla juga merancang untuk mengembangkan lagi kehadiran mereka di negara Matahari Terbit itu dengan menambah pusat pengedar dan meluaskan jaringan Supercharger sedia ada.

Menjelang akhir tahun ini, tidak mustahil jika angka jualan Tesla mampu mencecah sehingga 10,000 unit.

Nissan mempunyai satu peluang untuk memperbaiki semula keadaan tersebut menerusi pelancaran Leaf generasi baharu tidak lama lagi.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here