Utama Berita Automotif SYM VFE 185i rasmi lancar, harga cadangan RM9,988

SYM VFE 185i rasmi lancar, harga cadangan RM9,988

9

SYM Malaysia rasmi memperkenalkan kapcai SYM VFE 185i pada harga cadangan RM9,988 seunit.

Sudahpun berada di pusat jualan sah MForce seluruh negara, VFE 185i didatangkan dengan warna badan putih, biru dan hijau.

SYM VFE 185i dikuasakan oleh enjin 183cc, silinder tunggal SOHC yang menghasilkan kuasa maksimum 14.7kW @ 9,000rpm dan tork 17.46Nm @ 7,500rpm bersama transmisi 6-kelajuan.

Saiz piston dan lejang (63.5mm x 57.8mm) serta nisbah mampatan 11.1:1 dipadankan dengan sistem pencucuhan transistor penuh dan sistem penghidup elektrik untuk memastikan tindak balas enjin yang pantas serta penjimatan bahan api yang baik.

Ia menggunakan pacuan akhir rantai lalu digabungkan dengan klac jenis basah berbilang cakera serta sistem pendikit mekanikal.

Dari segi dimensi, SYM VFE 185i berukuran 2,000mm panjang, 740mm (lebar) dan 1,150mm (tinggi) dengan jarak roda 1,305mm serta kelegaan tanah 135mm.

Moped itu mudah dikawal menerusi ketinggian pelana 800mm dan berat badan 135kg. 

Ciri peralatan lain ditawarkan termasuklah tangki bahan api 7 liter, lampu hadapan, belakang, signal dan kecemasan jenis LED, meter digital berwarna LED, sistem kunci pintar, port pengecas USB jenis-A QC 3.0, lampu nombor plat serta soket kuasa. 

Sistem suspensi terdiri daripada fork teleskopik 80mm di hadapan dan monoshock di belakang bersama brek cakera 250mm di bahagian hadapan dan cakera 200mm di bahagian belakang.

Keselamatan tunggangan lebih meyakinkan dengan adanya sistem ABS dwi saluran. 

SYM VFE 185i didatangkan dengan jaminan pengeluar selama 2 tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn Bhd.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here