Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan warna baharu, Lightning Blue bagi Yamaha MT-09 (2025).
Bakal berada di pusat pameran bermula Khamis ini, harga cadangan naked bike itu adalah RM57,998 seunit.
Yamaha MT-09 dikuasakan enjin 890cc penyejukkan cecair DOHC, 3-silinder yang menghasilkan kuasa 87.5 kW @10,000rpm dan tork 93.0Nm @ 7,000rpm.
Jentera itu turut menampilkan mod tunggangan menerusi Yamaha Ride Control (YRC) dan kawalan kruise.
MT-09 turut menampilkan sub bingkai yang direka semula, spring dengan bar hendal boleh laras serta pemijak kaki yang menawarkan keselesaan tunggangan di atas pelbagai permukaan jalan.