Polis kenalpasti pemilik trak pikap tulisan Hebrew warga tempatan

22

Polis masih belum menahan pemandu pikap Isuzu yang memaparkan pelekat bertulisan bahasa rasmi Israel, Hebrew, dengan maksud ‘Malaysia di tangan kami’ yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata siasatan sedang dijalankan dan pemandu kenderaan itu sudah dikenalpasti sebagai warga tempatan.

“Kita sudah kenalpasti individu tersebut namun tangkapan belum dilakukan.

“Individu tersebut juga adalah warga tempatan,” katanya kepada Harian Metro.

Semalam media tempatan melaporkan polis membuka kertas siasatan selepas tular video berdurasi 14 saat menunjukkan trak pikap jenis Isuzu dipasang pelekat bertulisan Hebrew di bahagian belakang. 

Dzulkhairi berkata, hasil siasatan mendapati kenderaan itu didaftarkan atas nama seorang lelaki beralamat di Gemencheh, Negeri Sembilan.

Menurutnya, pihak polis menerima laporan pada jam 3.32 petang pada Selasa daripada seorang lelaki yang juga pegawai khas agama kepada Ketua Menteri Melaka.

“Pengadu membuat laporan selepas melihat video berkenaan yang memaparkan kenderaan berkenaan.

“Susulan itu, polis membuka siasatan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan ketakutan atau kegentaran awam,” katanya dalam kenyataan.

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan telekomunikasi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here