Laluan alternatif kurangkan kesesakan lebuhraya PLUS bakal dibina

225

Jalan alternatif bagi mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) terutama dari Senawang menuju utara akan dibina tahun hadapan, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Tanpa memperincikan lanjut, beliau berkata Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pembinaan jalan baharu menghubungkan lebuh raya itu dengan laluan Nilai-Labu-Enstek (NLE) yang sedang dibina sejauh 18km dan dijangka siap pada Julai 2026.

“Kita dimaklumkan akan ada jalan dan Plaza Tol PLUS baharu dengan pembinaannya pada tahun depan.

“Projek berkenaan akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan tetapi pengurusan lanjut masih dalam perbincangan.

“Kita harap laluan baharu ini dapat mengurangkan kesesakan trafik dari Senawang ke Kuala Lumpur atau arah utara dengan laluan alternatif ini sebahagian daripada penyuraian segera,” katanya. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here