Lexus LFA Concept – jawapan untuk LFA dan kesungguhan EV!

4

Mungkin ini yang dinantikan, pengganti Lexus LFA selepas tamat pada 2012 dan kesungguhan kumpulan Toyota dalam kenderaan elektrik (EV).

Lexus memberi jawapan melalui LFA Concept dan menariknya tanpa 4.8 liter V10 seperti sebelum ini kerana digerakkan motor elektrik.

Terdahulu, model ini didedahkan sebagai Lexus Sport Concept di Monterey Car Week 2025 dan Pameran Mobiliti Jepun 2025, dan kini diumumkan semula dengan nama baharu serta sebahagian spesifikasi.

Visi Warisan dan Pembangunan GR

LFA Concept dilahirkan daripada keyakinan Pengerusi Toyota Motor Corporation (TMC), Akio Toyoda, atau dikenali sebagai Master Driver Morizo, bahawa teknik dan kemahiran penting pembuatan kereta mesti dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang.

Selaras dengan falsafah tersebut, model ini melambangkan Shikinen Sengu Toyota, iaitu proses memelihara, mewariskan dan seterusnya mengembangkan kemahiran pembuatan kereta.

LFA Concept sedang dibangunkan seiring model GR GT dan GR GT3 dari Toyota Gazoo Racing.

Nama model LFA melambangkan kenderaan yang merangkumi teknologi penting yang harus dipelihara dan diwariskan oleh jurutera pada zamannya, tanpa mengira sumber kuasa. 

Ciri-Ciri Kejuruteraan

LFA Concept berkongsi teknik dan kemahiran pembangunan dengan GR GT dan GR GT3, tetapi turut meneroka potensi unik teknologi BEV.

  • 3 Elemen Teras: Pembangunan tertumpu pada pusat graviti yang rendah, berat yang ringan dengan ketegaran yang tinggi dan pengejaran prestasi aerodinamik.
  • Struktur Badan: Menggunakan kerangka badan semua-aluminium yang ringan dan berketegaran tinggi.
  • Prestasi: Pakejing BEV yang optimum menggabungkan prestasi pemanduan tahap tinggi yang berasal dari program GR.

Pengalaman Pemanduan Discover Immersion

  • Immersion: Gabungan tahap tinggi di antara prestasi aerodinamik dan keindahan arca (sculptural beauty).
  • Kokpit: Direka untuk menjadi paling imersif (ultimately immersive), berpusat di sekeliling posisi pemanduan yang ideal (sama seperti GR GT dan GR GT3), meningkatkan rasa kesatuan pemandu-kereta.
  • Kawalan Intuitif: Stereng direka untuk kegunaan kereta sport, membolehkan operasi tanpa perlu memegang semula tangan, manakala susun atur suis membolehkan operasi sentuhan buta (blind touch operation) untuk kawalan intuitif.
  • Gaya Dalaman: Pandangan dunia minimalis yang menggabungkan tarikan reka bentuk mekanikal dan ruang ringkas, mencipta persekitaran yang imersif secara unik.

Penggayaan Luaran dan Estetika

  • Bentuk: Didasarkan pada kerangka badan semua-aluminium GR GT, menghasilkan bentuk yang memaksimumkan prestasi kereta sport.
  • Coupé: Memiliki bentuk rendah yang landai dari hadapan ke belakang, mentakrifkan perkadaran coupé klasik.
  • Daya Tarikan: Bentuk ideal kereta sport baharu yang menarik secara universal, melangkaui sempadan negara, budaya dan masa.

Dimensi

  • Panjang: 4,690 mm
  • Lebar: 2,040 mm
  • Tinggi: 1,195 mm
  • Jarak Roda: 2,725 mm
  • Kapasiti Penumpang: 2

Bila Keluar?

Tidak seperti kembar GR dan GR GT3 yang bakal tiba pada 2027, Lexus tidak menetapkan lagi pengenalan rasmi model ini. Tambahan pula model ini berstatus konsep.

Mungkin juga sesuatu yang lebih pasti muncul pada tahun depan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here