Honda Stepwagon mencurigakan, polis tahan warga Myanmar curi kabel

112
Polis menahan seorang warga Myanmar disyaki terlibat mencuri kabel elektrik di Jalan Trolak Slim, Sungkai, Perak.
 
Menurut kenyataan dikeluarkan Ibu Pejabat Daerah Muallim, tangkapan dilakukan selepas anggota mengesan sebuah Honda Stepwagon Spada yang mencurigakan berhampiran tapak pembinaan sekitar jam 4.30 pagi, pada Ahad.
 
“Siasatan awal mendapati suspek bersama dua individu lain sedang mengangkat barang ke dalam kenderaan sebelum melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis.
 
“Pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut telah menemukan lapan guni berisi wayar kabel elektrik yang disyaki hasil curi,” menurut kenyataan.
 
Kesemua barangan rampasan bersama kenderaan telah dirampas untuk siasatan lanjut dan suspek ditahan bagi tindakan lanjut.
 
Pihak polis meminta orang awam yang melihat individu atau kenderaan yang mencurigakan ahar terus menghubungi IPD Muallim di talian 05-452 8222.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here