
BYD, Great Wall Motor, dan Xpeng menerima pampasan sehingga CNY 2.0187 juta () selepas menang kes saman fitnah terhadap pencipta kandungan dalam talian.
Hakim Mahkamah Sivil memerintahkan defendan memadam kandungan tersebut, membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar pampasan sejumlah RM1.172 juta.
China Central Television melaporkan pencipta kandungan tersebut didapati menerbitkan bahan berunsur fitnah yang menyasarkan pengeluar automotif.
Menurut laporan, akaun Longzhu Jiche memuatnaik kandungan berunsur menghina dan memfitnah jenama BYD selama kira-kira lima tahun.

Mahkamah mendapati akaun tersebut menggunakan rakaman suntingan kebakaran yang tiada kaitan dengan kenderaan BYD.
Keputusan peringkat kedua memutuskan bahawa tindakan itu merupakan pelanggaran hak reputasi BYD.
Sementara itu, satu lagi kes melibatkan akaun Dayange Shuoche yang berulang kali menerbitkan kandungan dengan memperlekehkan sasarannya, Great Wall Motor (GWM).
Mahkamah memutuskan bahawa kandungan tersebut melebihi skop pengawasan awam rutin dan merupakan kemudaratan reputasi. Hakim mengarahkan defendan memadamkan video berkaitan, permohonan maaf secara terbuka, dan membayar ganti rugi CNY200,000 (RM) sebagai pampasan kepada GWM.

Dalam laporan berkenaan turut melibatkan jenama Xpeng yang mana akaun Long Laoshi Jiang Dianche didapati menerbitkan dakwaan yang tidak sahih, termasuk berita bateri dimasuki air dan penolakan perlindungan waranti.
Mahkamah mendapati maklumat itu palsu dan melanggar hak reputasi Xpeng. Pembuat kandungan tersebut diarahkan menarik semula semua video dan membuat permohonan maaf di seluruh platform serta membayar ganti rugi CNY100,000 (RM58,063).
Selain keputusan sivil, penghakiman itu memetik tindakan penguatkuasaan berasingan berkaitan dengan kandungan fitnah yang dijana oleh kepintaran buatan (AI).
Dalam satu kes, video yang dijana oleh AI secara palsu dikaitkan dengan kenderaan Xpeng diedarkan dalam talian semasa tempoh Pameran Auto Guangzhou.
Polis tempatan kemudian mengesahkan bahawa video itu direka menggunakan teknologi AI, dan individu yang bertanggungjawab telah diletakkan di bawah tahanan pentadbiran selama 10 hari.
Tindakan ini dikendalikan secara berasingan daripada keputusan pampasan sivil yang melibatkan XPeng.
Laporan itu menyatakan bahawa kes-kes sedemikian bertepatan dengan langkah-langkah kawal selia yang lebih luas.


