Utama Berita Automotif Risiko tayar terkunci, Ducati panggil semula Panigale V2, Streetfighter V2

Risiko tayar terkunci, Ducati panggil semula Panigale V2, Streetfighter V2

13

Ducati Amerika Utara mengumumkan kempen panggil semula melibatkan 1,016 buah jentera Ducati Panigale V2 (2025) dan Ducati Streetfighter V2 (2025-2026).

Ini kerana kedua-dua model tersebut dikatakan berisiko mengalami insiden tayar terkunci disebabkan oleh dua fius yang dipasang secara terbalik pada unit kawalan ABS (fius 10A) dan pam ABS (fius 25A).

Disebabkan pemasangan yang tidak betul, fius 10A mungkin akan terbakar dan mengakibatkan pam ABS tidak berfungsi dengan baik.

Keadaan ini akan menyebabkan salah satu tayar akan terkunci dan boleh meningkatkan risiko kemalangan dan kecederaan.

Menurut Ducati, sekiranya fius pam ABS terbakar ketika sedang membrek, satu mesej amaran “ABS Error” akan terpapar di skrin.

Untuk model Ducati Streetfighter V2, motosikal yang terjejas itu merupakan unit produksi antara 31 Mac 2025 dan 12 Jun 2026, sementara jentera Panigale V2 yang terjejas pula merupakan unit produksi antara 4 Februari 2025 hingga 23 Mei 2025.

Kesemua model Panigale V2 dan Streetfighter V2 yang dipasang selepas 13 Jun 2025 telah dipastikan selamat dan tidak tertakluk di bawah kempen panggil semula terbaharu ini.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here