Chery Malaysia rai kepulangan membanggakan atlet para remaja

14

Chery Malaysia meraikan kepulangan atlet Malaysia yang menyertai Sukan Remaja Para Asia 2025 (Asian Youth Para Games – AYPG) yang berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, baru-baru ini.

Kontinjen Malaysia mencatatkan prestasi membanggakan apabila berjaya meraih 39 pingat (14 emas,12 perak and 13 gangsa) dalam lapan acara yang di sertai: Memanah, Olahraga, Badminton, Boccia, Powerlifting, Renang, Ping Pong, dan Taekwondo.

Peningkatan jumlah kutipan pingat ini amat mengagumkan, berbanding 13 pingat dimenangi pada edisi sebelumnya di Bahrain.

Kepulangan wira negara ini lebih bermakna apabila disambut ahli keluarga di pintu ketibaan, manakala wakil Chery Malaysia dan Majlis Sukan Negara menyambut mereka dengan jambangan bunga serta menyediakan pengangkutan.

Ia bagi memastikan perjalanan pulang yang lancar dan penuh keceriaan, selaras dengan komitmen Chery Malaysia untuk memperkasakan belia dan mempromosikan inklusiviti dalam sukan.

Sebelum temasya bermula, Chery membawa kesemua 29 atlet para remaja bersama jurulatih mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan konvoi SUV Chery.

“Kejayaan bersejarah Malaysia ini menetapkan penanda aras baru untuk sukan para di rantau ini, dan Chery Malaysia amat berbangga dengan pencapaian para atlet Malaysia,” kata Naib Presiden Eksekutif Chery Malaysia, Men Lin Bo.

Perenang, Elysha Cheong Hui Yin mencipta gelombang di AYPG dengan membawa pulang empat pingat emas dalam acara 400m Freestyle, 100m Freestyle, 100m Butterfly, dan 100m Breaststroke, serta satu pingat gangsa dalam 200m Individual Medley.

Pasangan beregu lelaki badminton yang digandingkan buat pertama kali, Cheah You Zhou dan Ahmed Shahputra Abdul Rahim, yang bertanding dalam acara Beregu Lelaki (SH6), menyifatkan peluang bermain di pertandingan antarabangsa sebagai satu pengalaman mengujakan.

Powerlifter Johannes Gabriel Chew mengharungi laluan mencabar ke pusingan akhir dan menunjukkan ketahanan luar biasa, meraih pingat perak dalam kategori Next-Gen Lelaki sehingga 65kg.

Bertemakan ‘Born to Rise’, AYPG 2025 menjadi platform atlet-para muda mempamerkan bakat dan ketabahan mereka di pentas antarabangsa.

Penyertaan Malaysia dan sasaran pingat menonjolkan penekanan negara terhadap keterangkuman dan kecemerlangan sukan.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen mendalam Chery terhadap gerakan Paralimpik Asia, yang dibina melalui siri inisiatif bermakna yang mengukuhkan kepercayaan dan nilai bersama antara kedua-dua pihak.

Awal tahun ini, Chery International bekerjasama dengan Jawatankuasa Paralimpik Kazakhstan menganjurkan festival sukan kanak-kanak, memberi peluang kepada peserta muda merasai kegembiraan bersukan dan kekuatan memperbaiki diri.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here