LKM tamat tempoh, JPJ sita Ford Mustang

182
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor menyita sebuah Ford Mustang selepas didapati lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, pada Selasa. 
 
Kereta sukan berkenaan telah disita ke Stesen Penguatkuasa (SPK) Ijok dan JPJ Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua aduan.
 
Pihak berkuasa juga memastikan kenderaan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.
 
Sebarang aduan kesalahan lalulintas, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan beserta butiran pengadu dan butiran aduan

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here