#Spyshot : Mitsubishi XForce mendarat di Malaysia, lancar suku kedua

223

Mitsubishi XForce dikesan tiba di Malaysia selepas beberapa keping imej intip model berkenaan yang sedang dibawa masuk ke dalam sebuah lori tersebar. 

Kehadiran SUV segmen-B itu bakal menjadi model terbaharu di bawah Mitsubishi Motors Malaysia.

Menurut sumber boleh dipercayai, XForce bakal dilancarkan ke pasaran tempatan sekitar suku kedua tahun ini. 

Sebelum ini SUV berkenaan yang ditutupi dengan kamouflaj dikesan pada Februari 2024 dan akhirnya bakal dilancarkan beberapa bulan akan datang. 

XForce dengan spesifikasi Asean itu melakukan debut global pada Ogos 2023 di Indonesia. Ia bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh ASX yang telahpun vakum di pasaran.

Berikut informasi ringkas tentang Mitsubisi XForce :

  • Dimensi panjang adalah 4,390mm, lebar (1,810 mm) dan tinggi (1,660 mm) serta jarak roda 2,650mm. Ia diposisikan di antara Honda HR-V dan Toyota Corolla Cross.
  • Menggunakan enjin 1.5 liter NA MIVEC 4-silinder yang menghasilkan kuasa 105PS @ 6,000rpm dan tork 141Nm @ 4,000rpm bersama transmisi CVT.
  • Sementara itu, di Thailand tersedia dengan pilihan HEV yang menggunakan rangkaian kuasa e:Motion melibatkan enjin 1.6 liter 4A92 kitaran Atkinson dengan kuasa 107 hp dan tork 134 Nm serta motor elektrik (116 hp/225 Nm).
  • Terdapat beberapa mod pemanduan termasuklah Normal, Wet, Gravel, Tarmac, Mud, serta dua mod khas untuk pemanduan sifar emisi iaitu EV dan EV Charge.
  • Mitsubishi Xforce menampilkan konsep silky dan solid, identiti rekaan generasi baharu Dynamic Shield; lampu depan futuristik bentuk T dan kombinasi lampu belakang bergaya. 
  • Padanan rekaan moden dan dinamik pada kemasan belakang bawah kereta berwarna hitam sekaligus memberikan perlindungan tambahan.
  • Kemasan pada bawah tepi pintu dengan rekaan struktur sarang lebah.
  • Xforce dilengkapi sistem Active Yaw Control (AYC) yang mengawal gaya penggerak dan brek di sisi kiri dan kanan untuk mengoptimumkan kestabilan kenderaan ketika bermanuver secara cepat atau di jalan licin.
  • Tetapan suspensi direka secara khusus untuk permukaan jalan di wilayah Asia Tenggara.
  • Masuk ke kabin ia dilengkapi dengan Advanced Monolithic Display & Meter, terdiri dari Smartphone-link Display Audio (SDA) 12.3 inci, ketersambungan tanpa wayar Android Auto dan Apple Carplay, serta paparan meter pemandu 8-inci.
  • SUV itu juga mendapat Dynamic Sound Yamaha Premium, sebuah sistem audio yang dikembangkan atas kolaborasi semangat dan teknologi Mitsubishi Motors dengan Yamaha, melibatkan engineer Mitsubishi Motors dan Yamaha Sound Meister.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here