Pemandu bertindak matikan GPS, elak lori disita

145

Mematikan peranti Sistem Penentu Kedudukan (GPS) merupakan antara taktik yang dikesan melibatkan sebuah lori yang ditahan dalam Operasi Khas Kenderaan Perdagangan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil, pada Rabu.

Difahamkan, taktik itu digunakan oleh pemilik lori bagi memastikan keseluruhan sistem kenderaan dimatikan secara automatik bagi mengelakkan lori bergerak serta menyukarkan tindakan penguatkuasaan.

Siasatan mendapati, sebaik GPS dipadam, keseluruhan sistem lori akan terpadam dan tidak lagi berfungsi sekaligus kenderaan tidak dapat digerakkan serta menyukarkan tindakan sitaan. 

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, perbuatan mematikan GPS merupakan antara taktik yang digunakan pemilik lori bagi menghalang JPJ daripada mengambil tindakan ke atas kenderaan. 

“Apabila pemilik mematikan GPS di dalam lori, keseluruhan sistem kenderaan akan dimatikan secara automatik dan tidak lagi berfungsi.

“Ini adalah antara taktik yang digunakan kononnya untuk menyukarkan JPJ mengambil tindakan ke atas kenderaan tersebut,” katanya. 

Tambah beliau, mematikan GPS merupakan kesalahan berat yang boleh mengakibatkan pembatalan permit kenderaan serta lesen syarikat.

Menurutnya, JPJ tidak akan teragak-agak membawa kes berkenaan sehingga ke peringkat pelucutan sekiranya kesalahan itu berterusan dan melibatkan pelanggaran undang-undang yang serius.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here