
Salah satu kereta ikonik era 60-an dan 70-an bakal dihidupkan semula sebagai sebuah coupe moden, iaitu Jensen Interceptor.
Penghasilan model Jensen Interceptor versi moden ini dikendalikan oleh Jensen International Automotive yang ditubuhkan pada tahun 2010.
Pihak JIA sebelum ini bertanggungjawab menjual Interceptor asal yang telah dinaik taraf.
Namun, Jensen Interceptor moden ini merupakan model baharu sepenuhnya yang dibina berdasarkan casis aluminium bespoke.
Menurut JIA, coupe baharu ini akan menampilkan enjin bentangan V8 yang mampu menawarkan pemanduan analog yang sebenar.
Perincian penuh seperti spesifikasi, harga dan tarikh pelancaran masih lagi dirahsiakan.
Namun apa yang pasti, harga yang diminta tidaklah murah yang disangka memandangkan ia akan dibina dalam unit produksi yang cukup terhad menggunakan tenaga tangan.
Jensen Interceptor pernah ditampilkan dalam filem Fast & Furious 6 yang dipandu oleh watak Letty Ortiz.































