Shoei hasilkan beg bagasi X-Core yang boleh tahan impak peluru 500 km/j!

5

Siapa sangka, pengeluar helmet yang terkemuka di dunia kini memasuki perniagaan menghasilkan beg bagasi.

Ya, siapa lagi kalau bukan Shoei.

Menurut laporan Webike Japan, Shoei baru sahaja memperkenalkan produk beg bagasi X-Core pada bulan lepas.

X-Core diperbuat daripada bahan GFRP (Glass Fiber Reinforced Plastic) yang sama digunakan dalam pembuatan helmet.

Shoei mendakwa beg ini boleh menahan hentakan ‘striker’ seberat 3 kg yang digunakan dalam ujian penilaian keselamatan helmet.

Malah dalam laman rasmi Shoei, terdapat video yang memaparkan beg ini mampu menahan ujian impak peluru pada kelajuan 500 km/j.

Dari segi ukuran, X-Core menawarkan dimensi 53 cm x 37 cm x 24 cm, menjadikannya sesuai untuk dibawa masuk ke dalam penerbangan tanpa perlu check-in.

Beg bagasi Shoei X-Core ini akan mula dijual pada bulan ini dengan dua pilihan warna, iaitu champagne gold dan charcoal gray. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here