
PRO-NET, anak syarikat milik penuh PROTON merekodkan jarak pemanduan dunia sebenar sejauh 1,104.5km dengan e.MAS 7 PHEV.
Dengan hanya satu cas penuh bateri dan satu tangki penuh bahan api, kenderaan plug in hibrid itu menawarkan baki jarak pemanduan sejauh 189km selepas tamat ujian.
Kecekapan Luar Biasa: 3.7L Bagi Setiap 100KM

Perjalanan yang bermula dari Pulau Pinang ke Johor (723 km) dan berakhir di PROTON Center of Excellence (COE), Subang Jaya (381.5 km) itu turut mencatatkan angka kecekapan bahan api serendah 3.7L/100km.
Keputusan itu jauh lebih baik berbanding sasaran awal dan membuktikan bahawa teknologi plug-in hibrid adalah solusi praktikal untuk rakyat Malaysia yang mahukan penjimatan tanpa perlu bimbang tentang jarak perjalanan.
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, pencapaian ini adalah bukti komitmen mereka dalam membawa teknologi canggih yang mampu milik untuk kegunaan harian.
“Proton e.MAS 7 PHEV direka untuk memenuhi keperluan harian, sama ada di dalam bandar atau perjalanan jauh di lebuh raya. Pengguna tidak lagi perlu risau tentang kecekapan atau jarak pemanduan untuk menikmati teknologi tenaga baharu ini,” katanya.
Teknologi Hibrid EM-i

Proton e.MAS 7 PHEV menggunakan Teknologi Hibrid EM-i yang dibangunkan di atas platform GMA. Sistem itu menggabungkan beberapa komponen utama:
- Transmisi Hibrid 11-dalam-1 (DHT): Berfungsi sebagai unit pemanduan utama yang mengawal hantaran kuasa secara automatik tanpa gear konvensional.
- Enjin Khas Hibrid Kitaran Atkinson: Mempunyai kecekapan terma setinggi 46.5 peratus, memastikan pembakaran bahan api yang lebih efisien dan senyap.
- Bateri Lithium Iron Phosphate (LFP): Memberikan kuasa elektrik yang stabil dan selamat.
Sistem ini mengutamakan pemanduan elektrik sepenuhnya (EV) dalam 80 peratus keadaan pemanduan, manakala enjin petrol hanya akan berfungsi secara automatik apabila memerlukan kuasa tambahan.
Pemandu juga diberikan pilihan tiga mod pemanduan iaitu Pure (EV sepenuhnya), Hybrid (pintar), dan Power (prestasi).
Selain menjimatkan minyak, Proton e.MAS 7 PHEV turut menawarkan kos pemilikan lebih rendah. Oleh kerana enjin bertindak sebagai sistem sokongan, jadual penyelenggaraan adalah lebih panjang iaitu sekali setahun atau setiap 15,000km, jauh lebih baik berbanding kenderaan petrol biasa.
Tempahan Dibuka: Tawaran Eksklusif RM500
Tempahan Proton e.MAS 7 PHEV kini dibuka secara rasmi di semua bilik pameran Proton e.MAS yang sah atau melalui laman web rasmi dan didatangkan dengan tawaran istimewa pemilik awal melibatkan :
- Yuran tempahan hanya RM99
- Rebat eksklusif iaitu diskaun RM500 ke atas yuran tempahan untuk 5,000 pelanggan pertama yang berjaya mendaftar





























