
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-Benz GLA Nightfall edisi baharu dalam dua varian: Mercedes-Benz GLA 200 Nightfall Edition dan Mercedes-Benz GLA 250 4MATIC Nightfall Edition.
Edisi khas pemasangan tempatan (CKD) ini menampilkan elemen reka bentuk lebih ‘gelap’ serta tahap kelengkapan dipertingkatkan, memberikan penampilan segar dan memikat buat kumpulan model GLA ini.

“Mercedes-Benz GLA Nightfall edisi baharu menandakan satu pencapaian kitaran hayat yang menarik, memberikan gabungan lancar antara reka bentuk sporty dan kepelbagaian fungsi harian.
“Dengan gaya yang lebih ‘gelap’ dan kelengkapan yang dipertingkatkan, ia menawarkan SUV kompak yang tampil yakin dan sofistikated buat pelanggan kami di Malaysia.
“Kami bangga menawarkan GLA yang menggabungkan inovasi, kualiti, dan pengalaman pemanduan luar biasa, sambil meraikan daya tarikan berterusan model ini dalam segmen SUV kompak.” kata
Martin Schulz, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden, Mercedes-Benz Malaysia.

“Melalui pelancaran Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition baharu ini, pelanggan ditawarkan dengan interpretasi GLA yang lebih tersendiri.
“Pakej Night, penggayaan AMG Line, dan elemen dalaman dinaik taraf mewujudkan estetik lebih ‘gelap’ dan sporty. Manakala ciri canggih seperti lampu hadapan MULTIBEAM LED, kawalan iklim THERMOTRONIC, serta Pakej Parkir dengan kamera 360° meningkatkan keselesaan dan kemudahan harian.
“Edisi ini direka khusus dengan mengutamakan pelanggan, menawarkan rupa luaran menonjol dan pengalaman pemanduan yang serba lengkap, menjadikan GLA ini sukar ditandingi dari perspektif gaya dan nilai.” tambah
Nadia Trimmel, Naib Presiden (Pemasaran dan Jualan) Mercedes-Benz Malaysia.

Sorotan Luaran (Exterior)
Sebagai kenderaan serba boleh yang sporty, GLA menggabungkan karakter SUV dengan siluet yang atletik. Rangka radiator yang menyerlah serta bahagian sisi (shoulder) kenderaan yang sasa memberikan gaya sporty dan meyakinkan.

GLA Nightfall Edition baharu menawarkan tahap kelengkapan yang luas termasuk luaran AMG Line, sistem brek sukan, dan suspensi keselesaan yang direndahkan.

Kedua-dua varian diperhebatkan lagi dengan Pakej Night, yang menampilkan elemen reka bentuk hitam berkilat tinggi bermula dari gril radiator sehingga ke bahagian rim.
- GLA 200 Nightfall Edition: Dilengkapi rim aloi ringan 19 inci AMG 5-jejari berkembar.
- GLA 250 4MATIC Nightfall Edition: Dilengkapi rim aloi 20 inci AMG berbilang jejari.
Sistem Pencahayaan: Varian GLA 250 4MATIC dilengkapi MULTIBEAM LED yang menampilkan lampu hadapan LED Adaptif dengan mod lampu pintar, fungsi lampu aktif, pancaran tinggi ULTRA RANGE, dan pembantu lampu tinggi untuk penglihatan yang lebih jelas serta keyakinan pemanduan.
Sorotan Dalaman (Interior)
Ruang dalaman GLA menggabungkan suasana teknologi tinggi moden dengan praktikaliti harian. Ruang yang luas menjadi ciri utama SUV ini, pada masa yang sama memenuhi tuntutan estetik yang tertinggi.

GLA Nightfall edisi baharu menampilkan dalaman AMG Line, pelapis bumbung fabrik hitam, dan stereng sukan pelbagai fungsi dalam kulit nappa.
Mencerminkan karakter eksklusif edisi ini, kenderaan ini menggunakan kemasan kulit buatan ARTICO / mikrofiber MICROCUT hitam dengan jahitan kontras kelabu, dilengkapi tempat duduk sukan dengan tali pinggang keledar kelabu serta kemasan aluminium ira membujur terang.

Kawalan iklim automatik THERMOTRONIC dan Pakej Parkir dengan kamera 360° meningkatkan lagi pengalaman pemanduan keseluruhan.
Pemandu boleh memilih untuk meletak kenderaan dengan yakin menggunakan penglihatan menyeluruh atau bergantung kepada Active Parking Assist dengan kamera 360° untuk mencari ruang parkir yang sesuai serta mengemudi keluar masuk dengan mudah.

Harga dan Ketersediaan
Mercedes-Benz GLA 200 Nightfall Edition dan Mercedes-Benz GLA 250 4MATIC Nightfall Edition pemasangan tempatan ini masing-masing dijual pada harga RM258,888 dan RM295,888 untuk Semenanjung Malaysia.

Harga adalah harga atas jalan (OTR), tanpa insurans. Untuk maklumat lanjut, layari laman web kami di www.mercedes-benz.com.my/gla.































