Utama Berita Automotif DENZA B8 tawar pengalaman SUV mewah berkeupayaan off-road

DENZA B8 tawar pengalaman SUV mewah berkeupayaan off-road

6

Jenama automotif premium di bawah BYD Group – DENZA – terus memperkukuh kehadirannya di Malaysia dengan menampilkan DENZA B8 Baharu.

Model ini adalah sebuah SUV premium yang bakal memperluas portfolio jenama ini ke segmen baharu, susulan pelancaran DENZA D9 serta menjelang ketibaan DENZA Z9GT dalam masa terdekat.

Diletakkan sebagai tambahan terbaharu dalam rangkaian model mewah DENZA Malaysia yang semakin berkembang, DENZA B8 menggabungkan keupayaan off-road luar biasa dengan keselesaan pemanduan atas jalan raya yang sofistikated.

Direka untuk pelanggan yang menghargai pengembaraan tanpa mengorbankan keselesaan harian, SUV premium ini menawarkan pengalaman mobiliti versatil, berkeupayaan tinggi dan serba mewah.

DENZA B8 menampilkan teknologi premium Dual Mode Off-road (DMO), iaitu sistem PHEV off-road pintar menggabungkan prestasi dan kecekapan, bersama sistem kawalan badan DiSus-P, inovasi casis dan bateri termaju, platform infotainmen berteknologi tinggi DiLink, serta kabin mewah dilengkapi rangkaian ciri keselamatan dan bantuan pemandu termaju yang komprehensif. 

Model ini juga ditawarkan dalam tiga pilihan warna luaran iaitu Dawn Gold, Eclipse Black dan Nebula Silver, serta dua pilihan warna dalaman iaitu Jasper Brown dan Onyx Black.

DENZA B8 juga tampil dengan gabungan reka bentuk berani, keselesaan premium dan keupayaan serba boleh untuk pelanggan yang mencari interpretasi baharu terhadap mobiliti mewah lebih lasak dan berkarakter.

Pelanggan berminat untuk menjadi antara yang terawal memiliki DENZA B8 kini boleh menyatakan ekspresi minat mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai DENZA B8, sila layari di sini.

https://www.denza.com/my/product-detail/b8

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here