Utama Berita Automotif Honda Impian X terbesar kini di Nilai

Honda Impian X terbesar kini di Nilai

3

Boon Siew Honda mengukuhkan rangkaian pengedarnya di Malaysia menerusi pembukaan rasmi Honda Impian X Kuek Motor di Nilai, Negeri Sembilan.

Fasiliti terbaharu ini diiktiraf pusat Honda Impian X terbesar di Malaysia dengan keluasan 5,560 kaki persegi.

Pembukaan pusat jualan baharu itu adalah pelaburan kedua Kuek Motor (M) Sdn Bhd selepas kejayaan cawangan pertama mereka di Sungai Pelek, Sepang.

Lokasinya yang strategik di kawasan sempadan Negeri Sembilan dan Selangor dilihat mampu memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat terhadap pengalaman pemilikan motosikal Honda lebih premium dan selesa.

Honda Impian X Kuek Motor Nilai dibangunkan sebagai pusat sehenti lengkap untuk pelanggan Honda, merangkumi jualan motosikal, servis selepas jualan serta ruang menunggu lebih moden dan selesa.

Pusat ini menampilkan barisan lengkap motosikal Honda termasuk model kapcai, skuter dan adventure (ADV) sehingga 250cc.

Selain itu, ia juga dilengkapi lapan ruang servis khas bagi mempercepatkan proses penyelenggaraan dan pembaikan motosikal pelanggan.

Bagi memastikan kualiti servis sentiasa berada pada tahap terbaik, pusat ini dikendalikan 10 kakitangan tetap yang menjalani latihan teknikal dan bukan teknikal di bawah Boon Siew Honda.

Turut disediakan ruang menunggu berhawa dingin lebih luas bagi memberikan keselesaan kepada pelanggan sementara motosikal mereka diselenggara.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Kunitomo Asano berkata, pembukaan Honda Impian X Kuek Motor menjadi satu langkah penting dalam pengembangan rangkaian premium Honda di Malaysia.

Beliau turut menyatakan perkembangan Kuek Motor dari sebuah premis di Sungai Pelek sehingga memiliki fasiliti berskala besar di Nilai menunjukkan aspirasi besar yang selari dengan visi Boon Siew Honda dalam menawarkan pengalaman pemilikan motosikal yang lebih lengkap dan berkualiti.

Sempena pembukaan rasmi ini, beberapa promosi eksklusif ditawarkan untuk tempoh terhad, antaranya:

  • Honda RS-X Winner – rebat segera RM1,500 berserta helmet ARC percuma
  • Honda Vario 160 – rebat segera RM800
  • Honda ADV160 – baucar eksklusif bernilai RM300 untuk setiap pembelian
  • Kempen pandu uji model terbaharu termasuk Vario 125 Street
  • Penyerahan rasmi motosikal edisi khas Vario 125 Street x KATUN kepada pemenang bertuah

Honda Impian X Kuek Motor Nilai terletak di Lot 27280A, Jalan BBN 5/3A, Taman Desa Jasmin, Nilai, Negeri Sembilan.

Pusat ini beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here