
PT Kereta Api Indonesia (Persero) atau KAI menyasarkan pertambahan jaringan rel kereta api aktif hingga 60,000km menjelang tahun 2045.
Pengarah Utama KAI, Bobby Rasyidin berkata sasaran tersebut merupakan sebahagian dari pelan hala tuju transformasi KAI bagi menjadi pengurusan kereta api berstandard dunia dan pembangunan peta jalan syarikat yang dibahagi menjadi lima tahap utama.
“Kami telah merancang roadmap KAI itu menjadi world class operator. World class operator ini didefinisikan oleh satu standar dunia yang namakan UIC (Union Internationale des Chemins de fer/Persatuan Kereta Api Antarabangsa).
“Di mana target kami, sudah menyusun peta jalan dari tahun 2025 sampai 2045 itu ada lima tahap,” ujarnya.
Bobby menjelaskan ketika ini panjang rel kereta api yang aktif di Indonesia masih sekitar 6,700km. Sebagai tahap awal transformasi hingga 2030, KAI menyasarkan panjang rel aktif akan bertambah menjadi lebih dari 7,000km yang mana seiring dengan pertumbuhan pendapatan syarikat.
“Saat ini panjang rel itu hanya 6,700 km, revenue perusahaan adalah IDR35,7 triliun. Diharapkan di tahun 2030, jumlah panjang rel akan lebih dari 7,000 km dengan revenue sekitar IDR66 triliun,” jelasnya.
Pada tahap berikutnya, KAI menyasarkan kapasiti dan standard operasi kelas dunia menjadi titik balik transformasi syarikat. Harapannya, jaringan rel kereta api aktif dapat mencapai 37,000 hingga 60,000 km pada 2045.
“Stage berikutnya adalah achieve world class standard in core capabilities, ini kita sebut dengan staging inflection point yang mana nanti diharapkan hasilnya itu di tahun 2035, indikasinya kita memerlukan sekitar 37,000 sampai 60,000km di tahun 2045,” katanya.
Bobby turut berkongsi KAI mampu membawa 493 juta penumpang sepanjang tahun 2025 dengan peningkatan sekitar 9 peratus berbanding 2024 sebanyak 452 juta penumpang.
































