Utama Berita Automotif Platform Honda X kini dilengkapi e-Warranty, Service History

Platform Honda X kini dilengkapi e-Warranty, Service History

4

Boon Siew Honda Sdn Bhd memperkenalkan dua ciri baharu dalam platform digital Honda X, iaitu e-Warranty dan Service History, yang membolehkan penunggang mengakses status waranti serta rekod penyelenggaraan motosikal mereka dengan mudah dan segera melalui telefon pintar.

Melalui ciri tambahan ini, pemilik motosikal jenama Honda tidak lagi perlu menyimpan buku waranti fizikal atau menghubungi pengedar untuk menyemak status perlindungan waranti mereka.

Antara kelebihan ciri ini adalah

  • e-Warranty membolehkan penunggang menyemak status perlindungan waranti dan tarikh tamat waranti pada bila-bila masa melalui Honda X tanpa perlu mengunjungi pengedar atau merujuk buku waranti fizikal
  • Service History menyediakan rekod lengkap dan disahkan bagi setiap servis yang dilakukan ke atas motosikal, termasuk tarikh servis, jenis servis dan pengedar yang melaksanakannya. Maklumat ini boleh diakses oleh penunggang serta rangkaian pengedar Honda

Kedua-dua ciri ini kini tersedia untuk digunakan. Tiada kemas kini aplikasi diperlukan, hanya log masuk ke Honda X.

Rekod servis lengkap dan disahkan bukan sahaja memudahkan urusan pemilikan motosikal, malah meningkatkan nilai motosikal tersebut.

Pembeli dan pengedar kini boleh mengesahkan sejarah penyelenggaraan motosikal dengan lebih mudah, sekali gus memberikan keyakinan yang lebih tinggi dalam setiap urusan jual beli dan servis.

Bagi rangkaian pengedar Honda pula, ciri ini membantu mengurangkan masa untuk proses pengesahan secara manual serta membolehkan kerja-kerja servis dijalankan dengan lebih pantas dan tepat, terutama bagi penunggang mendapatkan perkhidmatan di pengedar yang baharu buat kali pertama.

Honda X mula diperkenalkan pada Ogos 2024 sebagai platform tempahan servis dan peringatan penyelenggaraan.

Sejak itu, Boon Siew Honda terus mengemaskini platform berkenaan dengan pelbagai penambahbaikan termasuk Kupon Servis Percuma Digital pada penghujung 2024, ciri My Voucher pada April 2025, dan kini e-Warranty serta Service History pada Jun 2026.

Setiap penambahan baharu ini membawa Honda X selangkah lebih dekat ke arah menjadi hab digital sehenti yang memenuhi segala keperluan pemilik motosikal Honda selepas mereka membawa pulang motosikal dari bilik pameran.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Kunitomo Asano berkata, kemudahan digital bukan sekadar nilai tambah, sebaliknya menjadi jangkaan pengguna masa kini.

“Melalui e-Warranty dan Service History, kami memudahkan pelanggan mendapatkan maklumat penting mengenai motosikal mereka, sambil membantu pengedar memberikan perkhidmatan lebih cekap dan berkualiti.

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan kami dalam menawarkan pengalaman pemilikan yang telus, efisien dan berfokuskan kepada penunggang,” katanya.

Honda X adalah platform digital percuma diperkenalkan Boon Siew Honda untuk pemilik motosikal Honda dan boleh diakses melalui hondax.boonsiewhonda.com.my.

Antara ciri ditawarkan termasuk tempahan servis, peringatan servis, promosi, berita terkini, senarai pengedar, baucar digital, e-Warranty dan Service History.

Pendaftaran untuk aplikasi ini adalah percuma.

Log masuk atau daftar: https://hondax.boonsiewhonda.com.my/

Pertanyaan: enquiry@bswhonda.com.my | 1-800-88-3993

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here