Utama Berita Automotif JPJ sita C70 futuristik tetapi cukai jalan prasejarah

JPJ sita C70 futuristik tetapi cukai jalan prasejarah

36
Penampilan sebuah motosikal yang moden dan futuristik tidak mampu menyelamatkan pemiliknya daripada tindakan tegas pihak berkuasa apabila kenderaan itu disita dalam satu operasi penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di KM1, Jalan Tun Razak, pada Selasa.
 
Hasil pemeriksaan mendapati Honda C70 berkenaan menggunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh sejak tahun 2016, selain tidak mempunyai perlindungan insurans sah.
 
“Selain itu motosikal berkenaan juga diubah suai tanpa kelulusan, dan masih didaftarkan atas nama pemilik yang telah meninggal dunia.
 
“Tindakan sitaan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa bagi memastikan hanya kenderaan yang mematuhi peraturan dibenarkan berada di jalan raya,” menurut kenyataan.
 
JPJ mengingatkan orang ramai agar sentiasa memperbaharui LKM dan insurans, mengemas kini urusan pemilikan kenderaan serta mendapatkan kelulusan bagi sebarang pengubahsuaian.
 
Kegagalan berbuat demikian bukan sahaja boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan, malah berisiko menyebabkan pemilik menanggung sendiri kos kerugian dan pampasan sekiranya berlaku kemalangan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here