Utama Berita Automotif Kenderaan mewah disita, gagal perbaharui LKM

Kenderaan mewah disita, gagal perbaharui LKM

58

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ipoh menyita sebuah Porsche Boxster selepas didapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh dalam operasi khas ‘Ops Luxury’ yang dijalankan di sekitar bandar raya, pada Rabu.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak berkuasa mendapati pemandu kenderaan terbabit telah melakukan kesalahan melibatkan dokumen kenderaan.

“Kenderaan berkenaan dikesan bergerak menggunakan LKM telah tamat tempoh sejak 27 Februari 2026.

“Walau bagaimanapun, hasil semakan mendapati kenderaan tersebut masih mempunyai perlindungan insurans yang sah,” menurut kenyataan. 

Susulan pelanggaran peraturan tersebut, anggota penguatkuasa JPJ telah mengambil tindakan tegas dengan mengeluarkan Notis Saman P22 dan Notis Sita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333)

Tindakan tersebut diambil bagi tujuan penahanan kenderaan untuk proses dan tindakan selanjutnya oleh pihak jabatan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here