
Sikap ambil mudah terhadap undang-undang jalan raya membawa padah apabila seorang penunggang motosikal warga asing ditahan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Gerik, Perak dalam satu operasi penguatkuasaan, pada Isnin.
Dalam operasi tersebut, pihak berkuasa mendapati motosikal yang digunakan melakukan pelbagai kesalahan serius yang membahayakan pengguna jalan raya lain.
Hasil pemeriksaan mendapati warga asing itu melakukan tiga kesalahan utama iaitu tiada lesen memandu (CDL), lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans yang sah.
“Motosikal tersebut telah disita di bawah Sek.64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibawa ke depoh sita JPJ Cawangan Gerik untuk tindakan selanjutnya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan trafik diminta untuk menyalurkannya kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau menerusi aplikasi e-aduan@JPJ dengan menyertakan butiran lengkap pengadu dan aduan.
































