Utama Berita Automotif Mitsubishi ASX muncul sebagai sebuah EV di Australia, guna asas Foxtron Bria

Mitsubishi ASX muncul sebagai sebuah EV di Australia, guna asas Foxtron Bria

6

Di pasaran tertentu, Mitsubishi ASX kini sudah memasuki generasi kedua dengan menggunakan asas daripada Renault Captur.

Namun di Australia, nama ASX kini dihidupkan semula sebagai sebuah SUV elektrik kompak.

Ia secara asasnya merupakan model yang dijenamakan semula daripada Foxtron Bria hasil kerjasama antara Foxconn dan Yulon Motor.

Daripada sudut luaran, rupa Mitsubishi ASX VR-e tidak banyak beza berbanding model penderma, kecuali logo dan skrip Mitsubishi pada bahagian depan.

Sama juga halnya dengan ruang kabin di mana logo Mitsubishi kini menghiasi bahagian roda stereng.

Kelengkapan lain dilihat kekal seperti skrin infohibur besar terapung, skrin kluster digital, roda stereng empat jejari serta konsol tengah terapung.

Menurut Mitsubishi Australia, ASX VR-e ini akan ditawarkan dalam varian LS, Aspire, Exceed dan GSR.

Mitsubishi ASX dijangka menggunakan tetapan rangkaian kuasa yang sama seperti model Bria, iaitu motor elektrik pacuan belakang 229 hp atau motor elektrik berkembar 400 hp dan pek bateri LFP 57.5 kWh.

Jarak gerak NEDC boleh mencapai 466 hingga 516 km untuk sekali cas penuh.

Foxtron Bria

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here