
Mercedes-Benz FashionWeek Kuala Lumpur 2026 kembali menggamit perhatian dengan edisi kelapan yang berlangsung di The Exchange TRX hujung minggu lalu.
Bertemakan Welcome to Couture. Welcome to Beyond, acara tahunan itu menghimpunkan 19 pereka tempatan dan serantau selain pelancaran Mercedes-Maybach SL 680 Monogram Series di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Cars Malaysia, Martin Schulz berkata, penganjuran FashionWeek KL 2026 menjadi cerminan kepada sambutan 140 Tahun Inovasi Mercedes-Benz.
“Tema tahun ini mencerminkan langkah kami ke hadapan. Pelancaran Mercedes-Maybach SL 680 Monogram Series bersama pereka terbaik negara membuktikan kemewahan sebenar, sentiasa berkembang dan meneroka batasan baharu,” katanya.
Model SL 680 Monogram Series mengekalkan karakter bumbung terbuka SL, namun dipadankan dengan identiti Maybach menerusi corak Monogram eksklusif, proporsi elegan dan ruang dalaman yang menitikberatkan setiap perincian.
“Ini adalah manifestasi seni automotif dan haute couture dalam satu pentas,” kata Ketua Pegawai Operasi Mercedes-Benz Cars Malaysia, Nadia Trimmel.

Pentas FashionWeek KL 2026 menampilkan gabungan pereka berpengalaman dan baharu. Lima jenama membuat penampilan sulung iaitu JOYCE COUTURE, Ethereal by Amni S, ROMANCE 1314, D I Studios dan ARUNSAYFULL.
Turut menyemarakkan acara ialah penyertaan serantau daripada Furry Tales by Leia dari Singapura dan BLANC STUDIO dari Indonesia.
Mereka bergabung dengan nama besar industri seperti Justin Yap, Dickson Lim, Coterie by Celest Thoi, EL by Ellie Lim, byThian, SEIBU, TEMMA PRASETIO, DIKSON MAH, UnitedWood, SETH&LUNA MALAYA dan Joe Chia.
FashionWeek KL 2026 turut disokong rakan jenama terkemuka seperti M·A·C Cosmetics, Kimpton Naluria KL, SEIBU dan The Exchange TRX.
Acara ini melabuhkan tirai jelajah Mercedes-Benz selama seminggu yang bermula 17 Ogos.

Pengunjung berpeluang merasai program Agility by Mercedes-Benz dan melihat barisan model terkini termasuk CLA 250+ Electric, GLC 350 e 4MATIC, G 580 with EQ Technology serta AMG GT 63 4MATIC+.
Dengan menyatukan fesyen, reka bentuk dan gaya hidup, FashionWeek KL 2026 sekali lagi membuktikan bahawa kemewahan bukan sekadar produk, tetapi pengalaman yang dinamik dan terus berkembang.































