Utama Berita Automotif BYD kumpul lebih 800 pemilik, beri peluang jumpa legenda bola sepak dunia

BYD kumpul lebih 800 pemilik, beri peluang jumpa legenda bola sepak dunia

8

BYD Sime Motors, pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, melakar sejarah apabila menganjurkan perhimpunan pemilik BYD terbesar di negara ini dengan kehadiran lebih 800 pemilik, rakan niaga dan kakitangan.

Perhimpunan eksklusif selama dua hari itu diadakan sempena acara istimewa Legenda-legenda AllStar yang menghimpunkan bintang bola sepak ternama dunia, termasuk Steven Gerrard, Michael Owen, Ryan Giggs, Alessandro Del Piero, Dida dan Javier Saviola.

Acara yang bermula 2 Oktober lalu menyaksikan para legenda tiba di Kuala Lumpur dengan menaiki kenderaan BYD, sebelum membuat penampilan di pusat pameran BYD Glenmarie dan BYD TREC Kuala Lumpur.

Kemuncak acara berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia menerusi sesi ramah mesra, Bual Bicara Legenda, Majlis Makan Malam Gala dan perlawanan persahabatan AllStar.

Menurut Pengarah Urusan BYD Malaysia, Jacob Ma, acara itu bukan sekadar meraikan bintang bola sepak, tetapi menterjemahkan semangat Build Your Dreams yang menjadi teras jenama BYD.

“Legenda yang kami bawa ke Malaysia telah mengubah nasib dan membawa perubahan bermakna menerusi bakat dan dedikasi untuk mencapai kecemerlangan.

“Semangat inilah yang memacu BYD untuk mencabar kelaziman dan mentakrifkan semula pengangkutan elektrik,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Sime Motors Asia Tenggara, Jeffrey Gan, berkata penganjuran acara berkenaan mencerminkan komitmen syarikat untuk memperkayakan pengalaman pemilikan melangkaui aspek kenderaan semata-mata.

Moment paling mencuri tumpuan apabila anak-anak pemilik BYD yang terpilih diberi peluang mengiringi legenda bola sepak masuk ke padang sebagai maskot rasmi, sekali gus mencipta kenangan manis buat seisi keluarga.

Bagi pemilik BYD SEAL, Sam Khoo, peluang bertemu legenda dan menyaksikan perlawanan secara langsung disifatkan sebagai impian menjadi kenyataan dan membuatkan beliau bangga menjadi sebahagian daripada komuniti BYD.

Acara tersebut turut menjadi platform untuk pemilik berkenalan dan berkongsi pengalaman, sekali gus mengukuhkan ikatan komuniti BYD di Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here