Ini kenapa Proton pilih nama Proton X70 untuk SUV pertamanya.

3593

Hampir 90,000 peserta yang menyertai bagi memberi nama baru bagi model kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton baharu ini. Ia diadakan dalam pertandingan dalam talian untuk memilih satu daripada empat nama yang tersenarai membabitkan PX70, X7, X70 dan X700.

Daripada jumlah itu, lebih 60 peratus memilih nama X70 sebelum ia diberi nama Proton X70.

Ini adalah kali pertama Proton menggunakan sistem abjad angka bagi model Proton bagi memudahkan ia menjual di Asean dan pasaran antarabangsa tanpa batasan bahasa.



Huruf X sinonim dengan kenderaan jenis Crossover atau SUV daripada jenama lain.

Nombor 70 pula menggambarkan saiz atau kelas bagi segmen SUV dan memberi PROTON satu sistem logikal untuk menghasilkan model yang lebih besar atau kecil pada masa akan datang.

Proton X70 menerima reka bentuknya silhouette yang diukur bersama garisan penuh energik diinspirasi daripada bentuk berotot seperti Harimau Malaya. 

Pada masa dipadankan lampu hadapan serta lampu siang yang memberi gambaran seakan sepasang ‘mata’ yang memudahkan ia dikenali di jalan raya.

Bagi memenuhi cita rasa rakyat Malaysia, ada perubahan yang membezakan dengan model asal daripada Geely.

Ia boleh dilihat pada jeriji hadapan dengan reka bentuk busur yang melambangkan ketangkasan, kecepatan dan ringan.

Proton

Begitu juga dengan lencana PROTON pada pertengahan jeriji apabila diapit dengan gril tiga bar mendatar.

Proton

Rekaan bar itu juga mempunyai coral pengulangan tersendiri yang diilhamkan oleh ketukangan Malaysia iaitu seni ukiran kayu tradisional dengan panggilan Infinite Weave.

Sementara itu, bahagian dalaman menerapkan unsur mewah apabila kerusi dibaluti kulit Nappa, sentuhan aluminium dan skrin sesentuh.

Garisan dalaman yang elegen diinspirasikan daripada kombinas antara permukaan gelap dan terang, manakala sentuhan Malaysia ditambah untuk menimbulkan corak Infinite Weave. Ia boleh dilihat pada jeriji pembesar suara dan pembuka pintu bahagian dalam.

Proton

Apa yang paling menyerlahkan identiti Proton adalah ikon lambang Proton yang diletak pada stereng.

Ia ditawarkan dengan empat varian membabitkan Standard 2WD, Executive 2WD, Executive 4WD dan Premium 2WD.

Semua varian itu dijanakan dengan enjin dan transmisi sama iaitu rangkaian kuasa petrol empat silinder 1.8 liter TGDI turbo. Yang menyalurkan 181hp dan tork mencecah 285Nm dengan padanan transmisi enam kelajuan automatik.

Pada 19 September sehingga 4 November ini, sesi pratonton X70 akan diadakan di 7 bandar utama di Malaysia.

Buat masa ini, X70 ditawarkan dengan model import sepenuhnya daripada China dan akan melakukan pemasangan tempatan pada tahun hadapan di kilang PROTON di Tanjung Malim, Perak.

Proton

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here