Siapakah pereka Nissan GT-R yang anda puja selama ini

2626

Nissan GT-R merupakan kereta sport hasil keluaran Nissan. Kereta ini sangat di minati mereka yang sukakan kelajuan dan reka bentuk yang sporty. Ia pertama kalinya dikeluarkan di Jepun pada Disember 2007. Siapakah yang bertanggungjawab mereka bentuk kereta ini?

Kereta yang hebat ini telah direka bentuk oleh Shiro Nakamura yang dikira sebagai penyelamat Nissan.



Shiro Nakamura yang berkelulusan dalam bidang seni rekaan industri dan seni rekaan kenderaan merupakan individu yang bertanggungjawab menaikkan semula nama Nissan.

Nakamura lah individu yang berjaya mengembalikan Nissan yang berada di ambang bankrap ke landasan yang betul pada tahun 1999.

Beliau lah yang bertanggungjawab mengubah suai semula reka bentuk Nissan GT-R baru, Nissan Qashqai yang seiras dengan model X-trail. Individu ini lah yang mereka cipta kebanyakan reka bentuk model ikonik yang dapat dilihat di Malaysia.

Nissan Juke yang jarang kelihatan di negara ini juga merupakan buah fikiran beliau.

Shiro Nakamura menempah nama dalam sebagai salah seorang pereka paling kreatif di dunia dalam majalah Fastcompany dan berada di kedudukan keempat.

Namun begitu, beliau telah mengumumkan persaraannya dari Nissan. Kini dia meluangkan masa bermain bass dalam kugiran jazz yang beliau sertai.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here