Superformance cipta jentera enjin V6 dengan padanan turbo Garret

1086

Superformance yang popular dengan mengeluarkan kereta lumba terkenal menerusi replika GT40 sebelum ini bakal mempertontonkan model baharu pada pameran SEMA akan datang.

Jentera baru yang bakal ditonjolkan itu dilengkapi dengan enjin 3.5 liter turbo berkembar V6 daripada Ford GT. Ia bukanlah seperti Ford GT tetapi ia kelihatan seakan GT tahun 2005 yang tampak sedikit berbeza.

Perkara yang menyebabkan kereta-kereta daripada Superformances ini istimewa adalah kerana ia direka untuk kelihatan seperti GT40 asal.



Enjin berkembar V6 ini menggunakan turbo Garret manakala sistem bahan api pula daripada Aeromotive. Ridetech Shockwave pula menyediakan suspensi udara dan rim HRE dibalut dengan tayar Michelin.

Jentera ini dijamin lebih baik daripada model GT asal kerana ciri-cirinya yang diperbaharui.
Namun pihak Superformances masih belum lagi memberitahu tentang kuasa mahupun pecutan kereta itu.

Maklumat tersebut hanya dapat kita ketahui pada Pameran SEMA nanti. Nantikan berita selanjutnya daripada kami tentang jentera ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here