Lorenzo tumbang lagi semasa sesi latihan Bebas 2 : MotoGP

1025

Lorenzo yang telah menanggung kecederaan akibat kemalangan pada perlumbaan sebelumnya di Aragon, mengalami satu lagi kemalangan semasa latihan bebas 2 di Buriram.

Para pengulas menyifatkan kemalangan tersebut sebagai “mengerikan”, sementara dia dilihat memegang buku lali yang tercedera selepas insiden tersebut.



Dia tetap sedar selepas kemalangan itu tetapi memerlukan pengusung ketika dia dibawa ke pusat perubatan.

Dia di lihat 3 kali melambung ke udara manakala motosikalnya berpusing-pusing dan menuju asfalt. Dia yang diisytiharkan layak untuk berlumba di Buriram, kemudian terpaksa di bawa ke hospital untuk imbasan pada pergelangan tangan kirinya.

Jorge Lorenzo yang tiba di Buriram dalam keadaan fizikal sub-optimum selepas kaki kanannya tercedera dalam kemalangan di Aragon.

Semasa sesi latihan bebas pertama, Lorenzo berada di tangga ke-17. Sebelum insiden, kepantasannya melebihi 1.3 saat dari latihan bebas pertama, masa yang di catat memberikan kedudukan selesa semasa sesi latihan bebas kedua walaupun kecelakaan menimpa.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here