Marquez menang tipis dengan Dovizioso di MotoGP Buriram

1122

Marc Marquez yang menunggang motosikal Honda Repsol menjadi juara di perlumbaan MotoGP Buriram 2018. Marquez menang tipis hanya berbeza 0.115 saat dengan Andrea Dovizioso.

Yamaha juga tidak kurang hebatnya apabila Maverick Vinales mendapat tempat ketiga dengan hanya berbeza 0.3 saat berbanding Marquez.

Malang bagi Valentino Rossi yang rasanya masih tidak cukup pantas untuk mendapat tempat di podium kejuaraan. Rossi berada di tempat keempat pada awalnya menunjukan prestasi yang impresif pada pusingan kelima.



Rossi berjaya memotong Marquez di selekoh ketiga pada lap kelima. Rossi terus mendahului di hadapan sehingga pusingan kesepuluh dimana dia melakukan sedikit kesilapan. Disitu Marquez dan Dovi mula memotong dan mengambil tempat Rossi yang pada awalnya mendahului perlumbaan.

Dovizioso, Marquez, dan Rossi sempat membuka ruang buat Cal Crutchlow yang berada ditempat ketujuh untuk mendahului perlumbaan. Namun mereka berjaya mengambil kembali posisi di hadapan sewaktu Dani Pedrosa terlibat dalam kemalangan dipusingan ke-19.

Marquez berjaya memotong Dovi pada akhir perlumbaan sekaligus menjadi juara MotoGP 2018. Dovi nampaknya sudah cuba segalanya untuk mendapatkan gelaran juara namun Marquez berjaya pertahankan posisinya sehingga saat akhir. Manakala Vinales ditempat ketiga berjaya berada di hadapan Rossi yang mendapat tempat keempat.

Sementara itu, pelumba dari Malaysia, Hafizh Syahrin mendapat tempat ke-12 yang mengekalkan kedudukan sama seperti perlumbaan di Le Mans.

Tahniah diucapkan kepada Marquez yang menjuarai MotoGP di Buriram, Thailand kali ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here