Mitsubishi Outlander Sport Edition terhad 120 unit di Malaysia

2464

Outlander Sport Edition diperkenalkan oleh Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar sah kenderaan Mitsubishi. Ditawarkan terhad hanya kepada 120 unit sahaja diseluruh negara, Outlander Sport Edition ini berdasarkan Outlander 2.0 liter.

Ia hadir dengan dua tona iaitu berbumbung hitam dipadankan dengan cat badan berwarna merah metalik menambhakan lagi ciri estetika pada gayanya.

Antara ciri-ciri premium yang terdapat pada jentera ini ialah Dynamid Shield khas daripada Mitsubishi untuk reka bentuk bahagian hadapanya, lampu LED siang hari serta tayar aloi 18 inci yang standard.



Ruang kabinnya yang dapat memuatkan tujuh tempat duduk sesuai untuk seisi keluarga. Mitsubishi Outlander ini dipertingkatkan dengan kelas kargo 1,608 liter beserta kerusi baris kedua dan ketiga yang boleh dilipat.

Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri standard lain seperti kerusi kemasan kulit premium, lampu utama beserta pengelap cermin automatik dan kemasukan tanpa kunci beserta push start button.

Selain itu, ciri istimewa Outlander ini dilengkapi dengan sistem hiburan Apple Carplay yang menghubungkan kereta dengan Apple (iPhone/iPod). Skrin itu juga didatangi dengan Air Gesture Control (pengawalan pergerakan udara) untuk keselesaan tambahan.

Outlander 2.0 ini juga hadir dengan pengesan parkir pada bahagian hadapan dan juga belakang. Ia turut dilengkapi dengan video perakam digital (dashcam) dan juga lapisan filem keselamatan solar pada semua cermin.

Outlander Sport Edition ini dikuasakan dengan enjin 145 PS 2.0 liter bersama tork 196 Nm. Enjin DOHC MIVEC dipadankan dengan transmisi INVECS-III CVT.

Ia juga hadir dengan sistem 4WD pintar yang dilengkapi dengan tiga mod- 4WD Eco, 4WD Auto dan 4WD Lock untuk dipadankan dengan pelbagai situasi.

Keselamatan menjadi keutamaan Mitsubishi Outlander yang padan dengan gelaran kereta seisi keluarga. Sistem keselamatan jentera ini dilengkapi dengan 4WD, tujuh beg udara SRS, sistem ABS bersama EBD, Brake Assist, Active Stability & Traction Control (ASTC), Hill Start Assist (HSA) dan pemasangan kerusi kanak-kanak ISOFIX standard.

Ciri keselamatan tambahan termasuk Rest Reminder yang memberi peringatan kepada pemandu untuk berhenti rehat.

MMM akan mengadakan ‘Kid-Cool Mitsubishi Showroom Event’ di lokasi berikut:

Region

Date (Weekends)

Time

Mitsubishi Showrooms

Peninsular Malaysia

20 October (Saturday)

10.00am – 6.00pm

JM Auto Gallery (Butterworth)

21 October (Sunday)

10.00am – 6.00pm

JM Auto Gallery (Sungai Petani)

27 October (Saturday)

10.00am – 6.00pm

RIF Auto (Kota Bahru)

28 October (Sunday)

10.00am – 6.00pm

Lajina Motors (Kuala Terengganu)

3 November (Saturday)

10.00am – 6.00pm

JM Auto Gallery (Alor Setar)  

4 November (Sunday)

10.00am – 6.00pm

EON Auto Mart (Bayan Lepas)

11 November (Sunday)

10.00am – 6.00pm

MM Supreme (Pasir Gudang)

8 December (Saturday)

10.00am – 6.00pm

Ingress Motor Centre (Puchong)

9 December (Sunday)

10.00am – 6.00pm

EON Auto Mart (Melaka)

15 December (Saturday)

10.00am – 6.00pm

EON Auto Mart (Glenmarie)

East Malaysia

28 October (Sunday)

10.00am – 6.00pm

Jimisar Autotrade (Kuching)

3 November (Saturday)

10.00am – 6.00pm

Auto Pacifica (Miri)

1 December (Saturday)

10.00am – 6.00pm

EON Auto Mart (Kota Kinabalu)

Pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman bersama Mitsubishi Outlander Sport Edition ini dan berpeluang memenangi cabutan bertuah tunai RM800. Pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti bersama seisi keluarga.

Mitsubishi Outlander Edisi Sport ini berharga RM142, 888.00 bersama waranti lima tahun/tanpa perbatuan terhad. Mitsubishi Outlander ini juga memenangi anugerah ‘Best Family Ride’ di CarSifu Editor’s Choice Awards 2018.

  • Harga yang dinyatakan di jalan adalah tanpa insuran ( termasuk 10% SST) untuk pemilik peribadi di semenanjung Malaysia.
  • Tertakluk kepada terma dan syarat

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here