Proses ubah suai Pagani kepada reka bentuk asal

990

Pagani melancarkan sebuah program yang dinamakan Pagani Rinascimento. Program ini membolehkan pemilik kenderaan ini untuk mengubahsuai kereta mereka kepada reka bentuk asal daripada kilang.

Ini kerana kebanyakan pemilik mengubah suai kereta mereka hingga tiada lagi rupa asal kereta mereka.

Proses pengubahsuaian kereta hanya boleh dilakukan untuk sebuah kereta dalam satu masa kerana Pagani merupakan sebuah syarikat yang kecil. Disamping itu, pengubahsuaian ini memerlukan proses yang rumit dan sangat rapi.



Setiap perincian dilakukan dengan sangat teliti sehinggakan setiap skru diperiksa dan ditukarkan kepada elemen asal sekiranya perlu.

Kebanyakan kereta ini, terutamanya model Zonda diubah suai oleh pemiliknya. Pagani Rinascimento juga memberi peluang kepada pemilik untuk mengembalikan kereta mereka.

Kereta-kereta awal keluarannya yang terdahulu kadang-kadang lebih menarik perhatian sesetengah pihak berbanding model-model terkini.

Sukar dipercayai bahawa sudah hampir dua dekad sejak Pagani mengeluarkan kereta pertama mereka, Zonda C12.

Zonda C12 di pertontonkan kepada awam di Geneva Motor Show pada tahun 1999. Ia masih kekal sebagai sebuah model Zonda yang menarik dalam keluarga Zonda hingga ke hari ini.

Tonton video ini untuk melihat proses pengubahsuaian kereta kepada bentuk asal model itu.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here