BMW memanggil semula model Diesel

1260

Kempen teknikal ‘diesel berprofil tinggi BMW‘ telah diperluaskan kepada 1.6 juta kereta di seluruh dunia, berikutan hasil penyiasatan dalaman. Panggilan awal 480,000 kereta diesel BMW diumumkan pada Ogos 2018, untuk negara-negara Eropah dan Asia.

Isu ini berkaitan dengan kebocoran penyejuk dari peredaran semula gas ekzos (EGR). Apabila bercampur dengan enjin diesel dan suhu yang tinggi semasa enjin dihidupkan, BMW mengatakan ia boleh mencairkan manifold, namun kes seperti ini jarang akibatkan kebakaran”.

Kereta diesel BMW
Kereta diesel BMW

Terdapat banyak laporan mengenai kereta diesel BMW yang terbakar dalam berita sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Pada bulan Ogos, di Korea Selatan, BMW meminta maaf atas insiden kebakaran yang berlaku.



Kenyataan terbaru BMW mengatakan penyiasatan dalaman terkini “tidak menimbulkan risiko yang merisaukan pelanggan kami. Walaubagaimanapun, Kumpulan BMW memutuskan untuk terus mengurangkan risiko kecil ini dengan memperluaskan kempen teknikal khusus ke semua negara”.

Pemilik kenderaan yang terlibat dengan kempen teknikal panggilan semula akan dihubungi secara langsung. Kereta yang dibina antara Ogos 2010 dan Ogos 2017 mungkin tertakluk kepada kempen panggilan semula.

Semasa kempen teknikal panggilan semula, modul EGR akan diperiksa dan jika perlu, sebarang komponen rosak diganti secara percuma.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here