Iklan Raya PLUS “Tumpang” ini sungguh menyentuh hati

2908

Plus Malaysia Berhad (PLUS) menayangkan video iklan Hari Raya 2019 mereka dalam satu sidang media. Tayangan itu dibuat dalam satu sesi taklimat oleh Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, Ketua Pegawai Operasi, Zakaria Ahmad Zabidi dan Ketua Pegawai Komersil PLUS, Christine Liew.

Iklan Raya PLUS – Tumpang

Iklan Raya PLUS - Tumpang
Iklan Raya PLUS – Tumpang

Iklan Raya bertajuk Tumpang itu mengisahkan dua watak iaitu Pak Man dan Amir. Dimana kehidupan kedua-duanya sebenarnya saling berkaitan tanpa mereka sedari. Di dalam ini, PLUS meneroka semangat silaturrahim.



PLUS bersedia menjaga pelanggan sepanjang perjalanan

PLUS menjangkakan kira-kira 2 juta kenderaan akan menggunakan lebuhraya kendaliannya di setiap hari puncak di musim perayaan nanti.

Untuk itu, PLUS membuat pelbagai persediaan dari segi operasi dan strategi pengagihan trafik dalam usaha memastikan kenderaan bergerak lancar dan selamat.

Seperti biasa pada musim perayaan, PLUS mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan. Ia bagi membantu pelanggan merancang perjalanan Balik Kampung dan Balik Kota.

Untuk Balik Kampung antara 30 Mei hingga 10 Jun, pelanggan yang bergerak ke destinasi paling jauh dari Lembah Klang seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor disaran memasuki lebuhraya sebelum jam 10 pagi.

Manakala pelanggan yang menghala ke lokasi berdekatan seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor pula boleh memasuki lebuhraya selepas jam 10 pagi.

Antara insiatif dan aktiviti lain pihak PLUS adalah:

  • Kolaborasi strategik PLUS bersama pihak penguatkuasa
  • Mantap operasi lebuhraya untuk beri lebih keselesaan
  • Pemberian ole-ole PLUS percuma
  • Promosi istimewa R&R dari rakan niaga PLUS
  • Penebusan mata ganjaran PLUSMiles melalui aplikasi PLUS

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here