Hafizh Syahrin Abdullah – ‘Tak tau nak kata apa lagi…’

3423

SAYA sangat kecewa kerana enjin terhenti selepas beberapa pusingan” – Hafizh Syahrin Abdullah.

Itu reaksi pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah selepas gagal menamatkan perlumbaan Grand Prix Catalunya berikutan masalah jentera, pada perlumbaan hujung minggu lalu.

Pelumba Red Bull KTM itu mengakui jika tidak mengalami masalah itu, dia menjangkakan mampu menamatkan perlumbaan di kedudukan 10 terbaik sekaligus meraih mata berharga.Hafizh Syahrin



 

“Saya mempunyai kepantasan yang dimahukan dan agak sukar untuk saya menggambarkan perasaan kecewa ini kerana saya yakin mampu meraih mata dan menamatkam saingan di kedudukan 10 terbaik selepas beberapa insiden kemalangan ketika perlumbaan,” katanya.

Jelas Hafizh yang turut gagal menamatkan perlumbaan GP Perancis dua minggu lalu, sukar untuknya menerima ketentuan itu.

“Saya cuba untuk menghidupkan semula enjin tetapi ia tidak berhasil.Hafizh Syahrin

Apa perlu saya lakukan sekarang adalah untuk cuba beraksi lebih baik pada pusingan seterusnya.

“Tiada apa lagi yang dapat saya katakan selain hanyalah situasi sukar ketika ini,” katanya.

Selepas tujuh pusingan, Hafizh baru mengumpul dua mata. Dan beliau juga mengulas “masih belum ada keputusan muktamad diambil oleh Hafizh Syahrin Abdullah berhubung masa depannya dalam kelas MotoGP tahun depan . Pelumba Red Bull KTM Tech3 itu mengakui tidak keberatan untuk ‘turun semula’ ke kancah Moto2.

Hafizh yang memasuki tahun kedua dalam kelas perdana itu musim ini mengulas mengenai pelbagai khabar angin mengenainya. Dan menyatakan, betapa dia tidak menghiraukan spekulasi yang tersebar luas sedangkan dirinya lebih tahu mengenai apa yang berlaku di sekitar paddock.

“Saya lebih tahu daripada orang di luar. Tak salah sekiranya saya membuat keputusan untuk turun ke Moto2 ataupun kekal di MotoGP. Kalau boleh saya nak kekal tetapi kalau boleh juga, saya ingin dapatkan peluang terbaik. Bukan saya kata pada tahun pertama atau kedua ini bukan peluang terbaik (untuk dirinya).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here