Utama Berita Automotif Kereta buatan tempatan tidak lasak?
kereta buatan tempatan

Kereta buatan tempatan tidak lasak?

2255

SEREMBAN – Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menjelaskan, pembelian 15 buah kereta jenama import berharga RM1.68 juta bagi kegunaan jabatan dan agensi penguatkuasaan negeri ini bukan bermakna tidak yakin kepada kereta buatan tempatan.

Menurutnya, pemilihan 10 buah kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux dan lima buah Mitsubishi Outlander itu adalah kerana kemampuan kenderaan tersebut sudah terbukti bagi pemanduan lasak dan ‘off road’, sekali gus sesuai dengan aktiviti penguatkuasaan.

“Saya rasa kereta (import) ini lasak dan teruji dan kita fikirkan juga tentang penyelenggaraan. Jenama tempatan yang ada Proton X70, baru lagi dan kita belum uji ketahanannya.kereta buatan tempatan



“Bukan tak yakin dengan Proton, saya sendiri pakai X70. Saya guna sejak awal (dilancarkan) dan saya puas hati, seronok. Tetapi seperti yang kita maklum, Negeri Sembilan kawasan bergunung-ganang, kalau nak masuk kawasan bukit dan angkut barang, X70 tak ada.

“Kenderaan baharu ini mudah untuk bergerak dan risiko rosak adalah kurang. Saya dimaklumkan ada kenderaan lama jabatan rosak di lebuh raya. Kalau penguat kuasa lemah, kita tidak akan ada penguatkuasaan yang baik. Kita tak hendak hasil negeri hilang kerana apabila nak guna kenderaan tapi tak boleh digunakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyerahkan kenderaan tersebut kepada 12 jabatan dan agensi di Wisma Negeri di sini hari ini.

Antara yang menerima kenderaan itu ialah Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan, Majlis Sukan Negeri Sembilan. Pejabat Kewangan negeri, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian serta Pejabat Daerah dan Tanah di negeri ini.

Dalam pada itu, Aminuddin mengingatkan ketua-ketua jabatan supaya memastikan kenderaan tersebut hanya digunakan untuk tujuan rasmi sebagai penjawat awam.

Katanya, amalan sesetengah pemandu menghidupkan enjin dan pendingin hawa kenderaan bagi tempoh yang lama semasa menunggu sesuatu acara sehingga menyebabkan pembaziran juga mesti dihentikan.

“Kereta bukan tempat untuk berehat, pastikan gunakan kenderaan jabatan sebaik mungkin bagi tugasan rasmi,” katanya. –

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here