Hanya spekulasi di dalam litar – Yamaha SRT

3538

PRINSIPAL PETRONAS Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali menolak spekulasi yang mengatakan pasukan itu mempunyai satu kekosongan dalam kelas MotoGP musim depan.

Jelas Razlan, ketika ini Fabio Quartararo serta Franco Morbidelli masih bersama mereka hingga kontrak kedua-duanya berakhir tahun depan.

“Perkara ini hanyalah spekulasi dan saya tidak mahu komen sebarang perkara yang membabitkan spekulasi. Tapi jika apa-apa berlaku, kami akan memberi respon yang sepatutnya. Yang kami tahu ialah kedua-dua pelumba sudah pun menandatangani kontrak selama dua tahun iaitu sehingga tahun depan,” katanya.



 

Memetik laporan media luar negara sebelum ini, terdapat khabar angin yang mengatakan pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP. Valentino Rossi akan meninggalkan perlumbaan berprestij itu pada hujung musim ini dan jika ia benar-benar berlaku. Pasukan yang mendapat sokongan penuh pengeluar itu mungkin berminat untuk menggantikan Rossi dengan Quartararo.

Ia sekali gus menyaksikan satu slot kosong dalam pasukan PETRONAS Yamaha SRT dengan pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah. Dikatakan berhijrah ke pasukan itu selepas kontraknya bersama Red Bull KTM Tech 3 berakhir hujung musim ini.

Razlan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagaimanapun tidak menafikan selaku pasukan satelit menggunakan jentera Yamaha. Mereka adalah pasukan utama yang akan menjadi pilihan Monster Energy Yamaha untuk mencari pelumba ganti.

Hafizh Syahrin Abdullah

“Sepatutnya memang seperti itu. Selaku pasukan satelit matlamat utama kami adalah untuk membangunkan pelumba dan memberi peluang kepada pelumba baharu sebelum mereka berhijrah ke pasukan pengeluar.

“Apapun, saya fikir kita semua perlu tunggu. Mungkin selepas pusingan di Brno dan Austria, kita akan dapat tahu hala tuju Hafizh dan jika ada pertukaran untuk pelumba YMC (Yamaha Motor Company). Ketika ini memang semua berminat dengan Quartararo kerana dia dapat meraih keputusan yang baik dan ia adalah perkara biasa di dalam mana-mana sukan untuk mendapatkan yang terbaik,” katanya.

Quartararo yang berstatus rookie musim ini, mempamerkan prestasi menakjubkan apabila sudah menaiki podium sebanyak dua kali untuk menduduki tempat kelapan kelas MotoGp dengan mengumpul 67 mata.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here