Anda kini boleh buat tempahan Volkswagen Arteon, harga dari RM290k

1644

Ya, betul. Volkswagen Arteon akan tiba di Malaysia tidak lama lagi dan anda sudah boleh mula buat tempahan sedan sporti itu, seperti diumumkan oleh Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM).

Sedan pesaing Audi A5 Sportback dan BMW 4-Series Gran Coupe itu akan hadir di sini dalam versi import sepenuhnya (CBU), pakej R-Line dan berharga dalam julat RM290,000 hingga RM310,000.



Sedan fastback ini akan menjadi model flagship Volkswagen. Namanya sendiri membawa maksud ini, “Art” menerangkan garis-garis harmoni pada badan fastback-nya dan “eon” membawa maksud ini model premium Volkswagen.

Kereta ini telah memenangi anugerah 2017 Golden Steering Wheel iaitu antara anugerah automotif paling berprestij di Eropah.

Volkswagen Arteon bukan sahaja bergaya, malah mempunyai keupayaan menyamai gayanya. Ia mendapat enjin 2.0-liter TSI turbo yang mampu menghasilkan 280PS dan 350Nm tork. Kuasa ini dihantar melalui transmisi DSG 7-kelajuan dan sistem pacuan semua-roda 4MOTION.

Ia juga mendapat penggayaan R-Line di luar dan dalam, dan datang dengan lapan warna pilihan; Manganese Grey, Deep Black, Reflex Silver, Romance Red, Urano Grey, Turmeric Yellow, Oryx White Pearl dan Pyrite Silver.

Di dalam, ia diberikan paparan instrumen beresolusi tinggi Active Info Display dengan tetapan baharu yang boleh dikustom dan mendapat paparan peta penuh.

Sistem hiburan Discover Pro pula kini berfungsi melalui skrin 9.2-inci berserta gesture control dan Wireless-App Connect (untuk Apple CarPlay, Android Auto dan MirrorLink).

Anda yang berminat boleh melawat ke mana-mana bilik pameran terpilih Volkswagen berdekatan anda kerana kereta ini akan membuat jalajah seluruh negara.

Lawatan itu bermula hujung minggu ini sehingga akhir Oktober nanti. Layari https://www.volkswagen.com.my/volkswagen-events/arteon-preview untuk melihat jadual dan senarai bilik pameran serta membuat pertanyaa dan tempahan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here