
Pelumba Sepanyol, Augusto Fernandez meraih podium pertama buat kali kedua berturut-turut selepas mengungguli saingan Moto2 di Grand Prix (GP) San Marino hari ini.
Penunggang Kalex berusia 21 tahun itu yang memenangi perlumbaan di Silverstone bulan lalu, hanya dipisahkan 0.186 saat di depan tempat kedua, Fabio di Giannantonio dari SpeedUp, dengan masa terpantas 41 minit 12.535 saat.
Fernandez memintas jentera Di Giannantonio di pusingan terakhir daripada 25 untuk mengesahkan kemenangan ketiganya pada musim ini.

Alex Marquez, adik kepada juara dunia MotoGP, Marc Marquez tetap mengungguli pungutan keseluruhan mata biarpun menduduki tangga ketiga setelah ketinggalan 1.283s di belakang Fernandez.- AFP
Berikut merupakan keputusan lima teratas dalam saingan di San Masino, hari ini:
1. Augusto Fernandez (ESP/Kalex) 41m 12.535s
2. Fabio di Giannantonio (ITA/SpeedUp) +0.186s
3. Alex Marquez (ESP/Kalex) +1.283s
4. Thomas Lthi (SUI/Kalex) +2.733s
5. Sam Lowes (GBR/Kalex) +8.764s
Kedudukan lima teratas pungutan mata keseluruhan selepas perlumbaan di San Masino, hari ini:
1. Alex Marquez (ESP/Kalex) 197 mata
2. Augusto Fernandez (ESP/Kalex) 171 mata
3. Thomas Lthi (Sui/Kalex) 159 mata
4. Jorge Navarro (ESP/SpeedUp) 155 mata
5. Brad Binder (AFS/KTM) 135 mata