Suzuki Gixxer 250 SF versi MotoGP diperkenalkan di India

2399

Suzuki telah  memperkenalkan jentera edisi perlumbaan bagi Suzuki Gixxer SF 250 pada Kari Motor Speedway. Jentera perlumbaan ini hanya akan digunakan di Suzuki Gixxer SF 250 One Make Championship dimana pengeluarnya ingin memperkenalkannya pada tahun depan. 

Spesifikasi SF 250 ini mempunyai beberapa perubahan yang menjadikannya lebih sesuai digunakan pada litar perlumbaan. Perubahan kepada powertrain adalah minimum, dengan enjin dan dalamannya tidak disentuh.



Satu-satunya perubahan besar di sini adalah pada bentuk ekzos aliran bebas. Walau bagaimanapun, Suzuki mengatakan bahawa jentera ini menggunakan ECU biasa. Jentera yang sedia dibawa ke litar ini belum lagi diuji pada dynometer namun pasukan teknikal berkata ia memberikan penambahan 3.5 hingga 5hp dari biasa.

Penukaran sistem ekzos telah menyebabkan penurunan berat jentera kepada 5kg, dan Suzuki telah mengurangkan 15kg berat atau lebih lagi dengan mengeluarkan lampu, lampu isyarat, fender belakang, dan cermin.

Perubahan lain untuk memperbaiki prestasinya di litar termasuklah penggunaan kabel brek diperkukuh untuk lebih prestasi, penyingkiran sistem ABS dan hendal lower-set clip-on dengan peningkatan preload pada penggantungan depan dan belakang. Syarikat itu juga menyusun semula pasak kaki yang lebih tinggi dan sedikit ke belakang untuk keselesaan penunggang ketika memandu.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here