Porsche 718 Cayman GT4 Sports Cup yang lebih unik

1679

Porsche telah mengubahsuai sebuah 718 Cayman GT4 untuk pasarannya dengan melancarkan edisi 718 Cayman Sports Cup yang baru.

Diperkenalkan pada hujung minggu di Hockenheimring sempena sambutan kejuaraan Porsche Sports Cup dan pembukaan Porsche Experience Centre baru, edisi khas ini ditawarkan untuk tempoh yang terhad mulai 14 Oktober.

Perkara yang membuat 718 Cayman GT4 istimewa ini adalah warna luaran hitam dan putih, bersama-sama bersama campuran warna merah yang menggariskan tema sukan permotoran yang diilhamkan.



Kereta itu disertakan dengan nombor 15 pada bahagian sisi, sempena mengingati ulang tahun ke-15 Porsche Sports Cup Germany dan roda hitam 20-inci dengan kaliper brek hitam.

Untuk bahgian dalam, Porsche telah menambah kulit hitam dan balutan Alcantara dengan jahitan hiasan pada kerusi, tali pinggang keledar bewarna merah dan gelung pembuka pintu, menerapkan unsur hitam titanium, pintu masuk bertulis ‘718 Cayman GT4 Sports Cup Edition’, logo Porsche 15 Jahre Sports Cup Deutschland dilengkapkan di tempat letak tangan konsol tengah dan tikar lantai yang unik.

Edisi khas ini dikuasakan oleh enjin yang sama dengan model terdahulu yaitu GT4 biasa. Ia menghasilkan 414hp dan 420Nm tork dan dipasangkan dengan transmisi manual enam kelajuan, membolehkan jentera ini berupaya untuk pecut dari 0 hingga 100 km/h dalam hanya 4.4 saat dan kelajuan maksimumnya adalah pada 304km/h.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here